RACUN difahami sebagai “apa-apa bahan yang digunakan pada badan, ditelan atau berkembang di dalam tubuh, yang menyebabkan atau mungkin menyebabkan penyakit” (takrif penyelidikan perubatan 1957 yang digunakan dalam kerja Dr. William Coda Martin – kini pakar geriatrik, bersekutu dengan Coler Memorial Hospital, New York). Takrif racun menurut kamus ialah “untuk menggunakan pengaruh berbahaya ke atas, atau untuk merosakkan” (William Dufty dalam Sugar Blues).
Dalam hal ini, dadah adalah racun. Dan begitu juga gula. Gula juga menagihkan seperti dadah (menyebabkan hiperaktif hingga kemurungan), mempunyai gejala menyisihkan diri seperti dadah dan mendedahkan bahaya seperti dadah.
Dr. David Reuben, pengarang Everything You Always Wanted to Know About Nutrition berkata, “…gula halus putih bukan makanan. Ia bahan kimia tulen diekstrak daripada sumber tumbuhan, lebih tulen berbanding kokaina, yang menyerupai dalam banyak cara.
“Nama sebenar ialah sukrosa dan formula bahan kimianya ialah C12H22O11. Ia mempunyai 12 atom karbon, 22 atom hidrogen, 11 atom oksigen, dan tidak ada yang lain untuk ditawarkan.”
Formula bahan kimia untuk kokaina ialah C17H21NO4. Sekali lagi formula gula ialah C12H22O11. Untuk semua tujuan praktikal, perbezaannya ialah gula hilang “N”, atau atom nitrogen.
Fakta berikut daripada artikel, “Sugar’s Effect on Skin and Acne” oleh C. J. King, menunjukkan bagaimana methamphetamine, juga dikenali sebagai “ice” (dadah perangsang yang amat menagihkan yang disuntik, menghidu, menghisap atau ditelan), salah satu dadah haram paling terkenal di Amerika Syarikat, sama seperti gula (“makanan” yang kita ambil setiap hari) terhadap kesan buruk kepada tubuh.
Kesan sampingan jangka pendek Methamphetamine:
Rasa sejahtera yang salah
Kekejangan, menyentap dan menyentak
Tingkah laku agresif
Peningkatan kadar denyutan jantung
Peningkatan ketegangan otot, mengerit gigi
Merangsang kelenjar adrenal
Penyempitan saluran darah
Peningkatan dalam tekanan darah
Gangguan pertuturan
Kulit kering dan gatal
Hilang selera makan
Halusinasi
Jerawat, luka
Paranoia
Insomnia
Pada 1986, Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) Amerika Syarikat mengeluarkan laporan mengenai pengambilan gula di Amerika Syarikat, dan sama ada pengambilan gula ini mempunyai kesan buruk terhadap kesihatan rakyatnya.
Kesimpulan FDA berdasarkan penyelidikan saintifik yang dilaporkan dalam jurnal perubatan dari seluruh dunia. Salah satu kesimpulan daripada laporan itu ialah apabila gula dimakan dalam jumlah yang banyak – 25-50% atau lebih kalori diet manusia atau haiwan – keadaan berikut boleh berlaku: diabetes mellitus, glukosa tidak bertoleransi (hipoglikemia dan hiperglikemia), risiko kardiovaskular, perubahan tingkah laku, pengeluaran kalsium berlebihan dalam air kencing, batu hempedu, dan kekurangan mineral.
Artikel ini dipetik daripada Buku CAP: Gula Memudaratkan Kesihatan. Boleh diperolehi di sini.