Selepas tiga tahun menerajui Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) AS pada penghujung 1960-an, bekas Pesuruhjaya, Dr Herbert Ley meletak jawatan dengan penuh rasa kecewa. Akhbar The San Francisco Cronicle segera menemubual beliau dan bertanya kenapa beliau meletak jawatan. Beliau menjawab: “FDA melindungi syarikat besar pengeluar ubat-ubatan dan kemudian diberi ganjaran, dan dengan menggunakan kuasa pengawasan kerajaan, ia menyerang mereka yang mengancam syarikat ubat tersebut. Orang menyangka FDA melindungi mereka. Sebenarnya tidak. Apa yang FDA lakukan dan apa yang difikirkan oleh orang awam berbeza sama sekali, umpama siang dan malam.”