Kami tidak Pernah Undi Peraturan Korporat

PERATURAN KORPORAT GLOBAL. Kenapa Perjanjian Perdagangan Trans Pasifik (CPTPP) tidak sepatutnya diratifikasi oleh Malaysia.

Percambahan perjanjian perdagangan bebas; perjanjian dua hala dan antarabangsa; dan Pertubuhan Perdagangan Dunia mendapat tempat dalam era peraturan korporat.

Juan Hernandez Zubizaretta menulis, “pentafsiran semula perundangan dengan memihak kepada modal dan korporat transnasional dan asimetri peraturan menyebabkan hak majoriti yang tidak dilindungi melemahkan kedaulatan undang-undang, pemisahan kuasa dan intipati demokrasi.”

Banyak perjanjian perdagangan (seperti CPTPP) membawa mekanisme penyelesaian pertikaian pelabur negara (ISDS), yang membenarkan korporat menyaman negara bagi dakwaan diskriminasi dasar, bagi kehilangan keuntungan atau penyesuaian kontrak.

Hukuman kewangan boleh menjadi bencana bagi banyak negara.

Rumusan terbaik dibuat oleh Presiden Chile Salvador Allende di Perhimpunan Agung PBB pada 1972, menjelaskan bagaimana betapa besarnya korporat ‘transnasional’ sedang melancarkan perang terhadap negara berdaulat dan ‘tidak bertanggungjawab kepada atau peraturan oleh mana-mana Parlimen atau institusi yang mewakili kepentingan kolektif… Dalam satu ayat, seluruh struktur politik dunia dilemahkan’.