Kekebalan Antibiotik Menjejaskan Rawatan Kanser

Jika kekebalan antibiotik berterusan bagi pesakit kanser, ini mungkin bermaksud kadar kematian yang lebih tinggi, rawatan yang lebih sukar dan mahal, dan banyak kesan sampingan. Banyak pilihan rawatan akan lenyap sepenuhnya.

Bakteria kebal antibiotik akan memperlahankan rawatan kanser selama beberapa dekad, sementara insiden kes kanser akan terus meningkat dalam beberapa tahun akan datang.

Rawatan kanser seperti kemoterapi dan radioterapi boleh merosakkan sistem imun. Satu siri antibiotik dipreskripsikan bagi menyediakan dorongan yang diperlukan di samping pertahanan tubuh anda sendiri.

Jangkitan bakteria merupakan salah satu komplikasi paling biasa dalam kalangan pesakit kanser. Jangkitan dan sistem imun yang lemah terbukti mengancam nyawa pesakit yang menghidap penyakit serius. Selepas pembedahan, ramai pesakit memerlukan antibiotik untuk merawat jangkitan akibat luka.

Terapi radiasi dan kemoterapi membunuh sel kanser, tetapi juga sel yang menjadi sebahagian daripada mekanisme pertahanan kita terhadap jangkitan. Ini bermakna bahawa pesakit yang menerima radiasi atau kemoterapi sering mengalami jangkitan yang memerlukan rawatan dengan antibiotik.

Adalah dianggarkan 1 daripada 5 pesakit kanser memerlukan antibiotik semasa rawatan kanser mereka. Beberapa jenis kanser contohnya seperti leukemia akut dan kanser tulang sumsum (mieloma multipel), tidak dapat dirawat tanpa antibiotik yang berkesan.

Diagnosis kanser juga akan menjadi lebih sukar. Sudah pun terdapat kebimbangan besar bahawa biopsi prostat akan menghadirkan risiko tinggi bagi pesakit dengan bakteria kebal antibiotik dalam usus.