Menurut psikologis mitos ini berbahaya. Sesetengah orang menggunakan teori ini sebagai lesen untuk melukakan hati orang lain. Kajian mendapati meluahkan rasa marah cuma menambahkan kemarahan dan sifat agresif, malah tidak membantu anda (atau orang yang dimarahi itu) memperbaiki keadaan.
Di pihak anda, anda mungkin perlu banyak bersabar dan ruang untuk bertenang. Tetapi jangan biarkan kemarahan anda – atau orang lain – menyebabkan keadaan tidak dapat dikawal. Sentiasa bertenang dapat mengelak daripada keadaan bertambah buruk (selama 100 hari atau lebih lama lagi).
Bagi maklumat lanjut mengenai “Kekuatan Emosi” – dapatkan buku Panduan CAP
di sini: http://pengguna.org.my/index.php/utama/buku/product/view/3/39