30 hb Mei 2021
Assalamualaikum warahmtullahi wabarakatuh
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Bagi pihak seluruh warga Persatuan Pengguna Pulau Pinang merakamkan ta’ziah kepada semua ahli keluarga Allahyarham dan kakitangan pejabat Jabatan Mufti Perak diatas kembali kerahmatullah Tan Sri Dato’ Seri Dr Harussani Zakaria.
Pemergian Allahyarham adalah kehilangan besar buat masyarakat Islam dinegara ini.
Allahyarham adalah tokoh ulama yang telah memberi khidmat yang cemerlang untuk memajukan pelbagai urusan Islam di tanah air.
Sebagai seorang tokoh ulama yang banyak berbakti kepada umat Islam dinegara ini , pemergiaan Allahyarham sukar dicari ganti.
Allahyarham telah banyak berbakti dan bekerjasama dengan CAP dibawah kepimpinan Allahyarham Hj SM Mohamed Idris. Sepanjang perkhidmatan Allahyarham Tan Sri , CAP banyak mendapat pandangan dan nasihat yang berguna dalam menampilkan pandangan Islam dalam isu kepenggunaan.
Kami terhutang budi diatas jasa Allahyarham membantu CAP dalam usaha mendidik masyarakat pengguna.
Kami memdoakan ruh Allahyarham ditempatkan bersama para mukminin , solehin dan siddiqin.
Kami juga mendoakan agar seluruh ahli keluarga dan kakitangan Jabatan Mufti Perak tabah menerima ketetapan Ilahiyy ini untuk terus melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang ditinggalkan oleh Allahyarham.
Mohideen Abdul Kader
Presiden CAP.