Sikkim di India Menunjukkan Jalannya
Apa yang berlaku apabila seluruh negeri menjadi organik? Hidupan liar kembali, tanah kembali pulih, dan sampah lenyap. Sikkim, sebuah negeri di India, adalah pelopor dalam pertanian mampan. Pada 2016, ia menjadi negeri organik sepenuhnya yang pertama di dunia, menukar semua 760 kilometer persegi tanah ladang kepada amalan organik yang diperakui.
Anjakan ini didorong oleh visi untuk melindungi ekosistem yang rapuh, memperkayakan biodiversiti dan meningkatkan kesihatan warganya. Baja kimia dan racun makhluk perosak dilarang sama sekali, menjadikan Sikkim model bagi pertanian yang mementingkan alam sekitar.
Daripada kebun di belakang rumah yang subur hinggalah kepada sawah padi yang luas, revolusi organik negeri ini telah memulihkan tanahnya dan mendorong peningkatan populasi lebah dan hidupan liar, mempamerkan keharmonian antara manusia dan alam semula jadi.
Di sebalik transformasi pertaniannya, Sikkim telah menyaksikan lonjakan dalam eko-pelancongan.
Pengunjung berpusu-pusu ke landskap yang menakjubkan dengan puncak yang menjulang tinggi, hutan yang subur, dan biara. Imej-imej itu mendedahkan secebis kehidupan di sini: dapur keluarga yang dipenuhi dengan sayur-sayuran yang ditanam di halaman belakang, petani memproses beras, dan sami yang bermeditasi dengan Gunung Kangchenjunga di latar belakangnya.
Dan bandar ini menggunakan botol air buluh dan bukannya plastik di kedai-kedai, seterusnya mengurangkan kesan manusia terhadap dunia semula jadi.
Sumber: Sustainability


