No products in the cart.

Kategori: Featured Article Malay

CAP Menggesa Pengawalseliaan ke atas Racun Perosak PFAS di Malaysia

Persatuan Pengguna-Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah mengemukakan memorandum pada 6 Oktober 2026 kepada Perdana Menteri, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, serta ahli-ahli Lembaga Racun Makhluk Perosak, untuk menggesa kawalan perundangan ke atas racun perosak yang mengandungi PFAS. Bahan Per- dan Polifluoroalkil (PFAS), yang sering...
Baca Lagi

PERKONGSIAN ILMU HERBA

Program Minggu Tindakan Hijau CAP 2026 Pada 3 Oktober 2026, CAP telah menganjurkan satu program di premis kami bersempena dengan Minggu Tindakan Hijau (Green Action Week) 2026. Tema bagi tahun ini ialah “Perkongsian Ilmu Herba”. Peserta program mempelajari cara menggunakan herba yang biasa dugunakan di dalam kehidupan seharian serta cara menyediakan resipi yang lazat menggunakan herba semula...
Baca Lagi

Bilik Darjah di Mexico Bebas Telefon di Bawah Peraturan Sekolah Baharu

Mexico memperkenalkan peraturan di seluruh negara yang mengehadkan penggunaan telefon bimbit di sekolah bagi murid dan pelajar muda sepanjang tempoh persekolahan, susulan kebimbangan yang semakin meningkat mengenai kesan masa skrin terhadap kanak-kanak. Langkah itu yang akan berkuat kuasa pada 3 November 2026 meliputi sistem pendidikan awam serta mengehadkan penggunaan telefon bimbit dan tablet...
Baca Lagi

10 Peraturan untuk Hidup Bahagia

Kebahagiaan bukanlah soal nasib semata-mata, sebaliknya ia adalah hasil daripada amalan yang dipupuk secara berterusan dari masa ke masa. Ia tidak muncul apabila keadaan hidup anda berubah, tetapi apabila tabiat anda yang berubah. Berikut adalah 10 peraturan perlu diamalkan untuk hidup bahagia. 1. BERSYUKURLAH dengan apa yang anda miliki. Kebahagiaan bermula dengan rasa syukur, dengan belajar...
Baca Lagi

Ajar Anak-anak Hargai Alam Semula Jadi

Ajarlah anak-anak anda untuk menghargai dan menghormati alam semula jadi sejak peringkat awal kehidupan mereka. Biarkan mereka berjalan tanpa alas kaki di atas bumi, mendengar bisikan pepohon, dan merenung bintang-bintang dengan penuh kekaguman. Galakkan mereka melihat keajaiban pada bunga yang sedang mekar, kebijaksanaan di sebalik perubahan musim, serta keharmonian dalam penerbangan burung....
Baca Lagi

Cara Berhenti Merokok

Terasa ingin merokok? Daripada menghisap rokok yang berbahaya itu, cubalah mengunyah kulit kayu manis. Dalam rancangan berhenti merokok selama 5 hari yang dirangka pada 1964 dan mendapat pengiktirafan daripada Persatuan Paru-paru Amerika (ALA), Persatuan Kanser Amerika (ACS), malah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), amalan mengunyah kulit kayu manis atau cebisan kecil kayu manis beberapa kali...
Baca Lagi

SAM kutuk tindakan halang Presiden daripada memasuki Sarawak

Sahabat Alam Malaysia (SAM) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan menghalang Presiden, Meenakshi Raman, daripada memasuki Miri, Sarawak pada hari ini, 29 September 2026. Meena tiba di Lapangan Terbang Miri dengan penerbangan jam 2.40 petang yang mendarat pada kira-kira jam 4.50 petang, namun beliau telah ditahan dan tidak dibenarkan masuk oleh pihak Imigresen Sarawak. Di kaunter imigresen, kad...
Baca Lagi

Sebuah Bandar di England Menjimatkan $25,000 dan Memulihkan Alam Semula Jadi dengan Menanam Bunga Liar

Satu perubahan dasar yang tidak begitu menonjol di Rotherham, England, telah menjadi antara contoh perubahan alam sekitar kos rendah yang paling hangat diperkatakan. Pada 2013, bandar itu memutuskan untuk menghentikan kerja-kerja memotong rumput di kawasan bahu jalan yang luas. Sebelum itu, rumput dipotong sebanyak enam kali setahun, melibatkan kos sekitar 80,000 paun menggunakan khidmat...
Baca Lagi

PERAHU KOSONG

(Kisah Hikmah) Terdapat satu kisah Taoisme mengenai seorang lelaki yang sedang mengecat semula perahunya. Dia berasa sangat berpuas hati dengan penampilan perahu itu sehinggakan dia memutuskan untuk membawanya belayar di tasik. Semasa dia mengemudi perahunya menembusi kabus, sebuah perahu lain merempuh perahunya, lalu merosakkan lapisan cat yang baharu itu. Lelaki itu berasa sangat berang....
Baca Lagi

Perjanjian Perdagangan EU Malaysia Tidak Boleh Menjejaskan Produk Perubatan Mampu Milik, Hak Petani dan Keselamatan Makanan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan 40 pertubuhan masyarakat sivil Malaysia yang lain menggesa Kerajaan Malaysia supaya menolak tuntutan hak harta intelek oleh Kesatuan Eropah (EU) yang melangkaui kewajipan Malaysia di bawah Perjanjian WTO mengenai Aspek Hak Harta Intelek Berkaitan Perdagangan (TRIPS). Bersama-sama pertubuhan-pertubuhan ini, CAP telah mengemukakan surat kepada Perdana...
Baca Lagi