No products in the cart.

Pengarang: Lai Cheng

Ubah Pembahagi Jalan Kepada Koridor Hijau

Pembahagi jalan tidak semestinya sekadar jalur yang dipenuhi dengan batu kerikil. Di pelbagai bandar seluruh dunia, banyak pembahagi jalan ditutupi dengan batu kerikil hiasan, fabrik penghalang rumpai, serta pokok renek yang dipangkas rapi yang sebenarnya tidak banyak menyediakan sumber makanan atau tempat perlindungan bagi hidupan liar. Jalur tanah yang sempit ini sebenarnya berpotensi untuk...
Baca Lagi

PENCEMARAN UDARA PUSAT DATA

Hanya 403 Pusat Data di AS Menghasilkan Lebih Banyak Pencemaran Berbanding Denmark Penyelidikan baharu mendedahkan berepa jumlah pencemaran yang boleh dihasilkan oleh pusat data. Menurut satu kajian oleh Universiti Harvard, 403 pusat data berskala besar di Amerika Syarikat (AS) telah membebaskan kira-kira 25.7 juta tan metrik karbon dioksida (CO2) antara Mei 2024 dan April 2025. Jumlah ini...
Baca Lagi

Lawatan Sambil Belajar ke CAP oleh Persatuan Pendidikan Hijau (Kumpulan Advokasi) Sekolah Menengah Han Chiang

Pada 19 November 2026, Persatuan Pendidikan Hijau (Kumpulan Advokasi) Sekolah Menengah Han Chiang telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Persatuan Pengguna-Pengguna Pulau Pinang (CAP). Program ini dihadiri oleh 43 orang pelajar, dua orang guru pengiring, dan enam orang kakitangan CAP. Lawatan ini bertujuan meningkatkan pemahaman pelajar tentang hak pengguna, kepenggunaan lestari, serta...
Baca Lagi

Urus Kewangan dengan Bijak, Elakkan Perceraian

Persatuan Pengguna-Pengguna Pulau Pinang (CAP) memandang berat berhubung pendedahan oleh Ketua Hakim Syarie Selangor, Nenney Shuhaidah Shamsuddin bahawa sebanyak 54,506 kes perceraian pasangan Islam telah didaftarkan di seluruh negara dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, dengan masalah kewangan dikenal pasti sebagai antara punca utama keruntuhan rumah tangga. Setiap tahun apabila...
Baca Lagi

Sodium Tersembunyi dalam Makanan

Pernah terfikir berapa banyak sodium (natrium) yang terkandung dalam hidangan kegemaran kita seperti mi goreng, char kuetiau, mi hailam dan seumpamanya? Mi goreng sedap, tapi berapa banyak sodium (natrium) tersembunyi? Walaupun rasanya cukup menyelerakan, kandungan sodium (natrium) dalam hidangan ini mungkin lebih tinggi daripada yang kita sangka. Sepinggan Mi Goreng = 1,112 mg sodium! (Sumber...
Baca Lagi

Setiap Pokok yang Kita Tebang …

Sebatang pokok bukan sekadar sebatang pokok. Ia merupakan kediaman bagi burung-burung, tempat bermain untuk kanak-kanak, tempat berlindung daripada bahang panas, serta ruang di mana keluarga mencipta kenangan yang kekal sepanjang hayat. Apabila kita melindungi pokok, kita bukan sekadar melindungi alam semula jadi – kita sebenarnya sedang memelihara detik-detik yang menjadikan kehidupan ini...
Baca Lagi

Hari Perikanan Sedunia 2026 − Melindungi Laut, Mempertahankan Hak Nelayan dan Menjamin Kelangsungan Sumber Perikanan

Sempena Sambutan Hari Perikanan Sedunia pada 21 November 2026, Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyeru kerajaan, pihak industri dan seluruh masyarakat supaya memperkukuh komitmen dalam melindungi ekosistem marin, memastikan pengurusan sumber perikanan secara lestari serta mempertahankan hak dan kebajikan komuniti nelayan kecil dan tradisional. Laut dan ekosistem pesisir pantai merupakan sistem...
Baca Lagi

“AI Mungkin Terlepas daripada Kawalan Manusia dalam Tempoh Beberapa Tahun Akan Datang, kata ‘Bapa’ AI”

Dalam satu temu bual baru-baru ini menerusi audio siar One Decision, saintis komputer pemenang Hadiah Nobel, Geoffrey Hinton yang secara meluas dianggap sebagai salah seorang perintis kecerdasan buatan (AI) moden telah memberi amaran bahawa sistem AI masa depan mungkin mula berfikir dengan cara yang tidak lagi dapat difahami oleh manusia. Pada masa ini, banyak model bahasa berskala besar...
Baca Lagi

60 Krim Muka Buatan Pakistan Didapati Mengandungi Merkuri Toksik

Berhati-hatilah apabila membeli produk pencerah kulit buatan Pakistan secara dalam talian. Sebuah kumpulan pemantau bahan toksik di Filipina setakat ini telah menemui 60 produk seumpama itu yang mengandungi merkuri toksik. Menurut Ecowaste Coalition, siri ujian terbaharunya mendapati 6 jenis krim muka buatan Pakistan yang dijual secara dalam talian termasuk krim pemutih mengandungi merkuri...
Baca Lagi