Dulu, kita ingat sakit belakang ni untuk orang tua. Tapi sekarang, ramai yang belum masuk 30 pun dah selalu sengal pinggang. Ini adalah sebab gaya hidup kita yang perlahan-lahan rosakkan tulang belakang.
> Postur duduk yang salah.Bila belajar atau kerja, kita duduk berjam-jam melihat laptop. Tanpa sedar, tulang belakang menanggung beban luar biasa setiap hari.
> Scroll telefon lama dalam posisi tunduk. Bayangkan kepala kita seberat 5kg. Bila kita tunduk lama-lama, tekanan tu naik hingga 27 kg pada tengkuk dan bahu. Sebab tu ada istilah “text neck syndrome”.
> Badan perlukan regangan dan otot “core” yang kuat untuk sokong postur. Tapi ramai yang kerja duduk, balik rumah pun duduk. Akhirnya, otot jadi lemah dan senang sakit belakang.
> Tidur atas tilam lembik atau baring terlalu lama. Badan tak dapat sokongan yang seimbang. Kita mungkin tidur cukup, tapi tetap bangun dengan rasa sengal.
> Obesiti dan tekanan emosi kronik. Lemak perut tarik postur ke depan. Bila stress, otot belakang pun jadi tegang. Dua-dua ni kombinasi yang sangat biasa dalam generasi kita hari ini.
Kalau hari ni pun dah rasa sengal, bayangkan 10 tahun lagi. Jom ubah perlahan-lahan. Mulakan dengan satu perkara kecil seperti duduk tegak dengan postur betul dan selalu buat regangan dan aktiviti fizikal.
Sumber: Public Health Malaysia


