Anugerah bagi Mobilisasi Akar Umbi yang Cemerlang

Gabungan kumpulan kempen yang diwakili oleh Sekretariat Haramkan Asbestos Antarabangsa (IBAS), Rangkaian Haramkan Asbestos Asia (ABAN), Pusat bagi Kesihatan Persekitaran Warganegara Asia (Eco-Health), Rangkaian Haramkan AsbestosIndonesia (INA-BAN), Inisiatif Tempatan bagi Rangkaian OSH – Indonesia (LION), Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Sahabat Alam Malaysia (SAM), dan Rangkaian Haramkan Asbestos Korea (BANKO), dengan berbesar hati mengumumkan pemenang Anugerah IBAS bagi Mobilisasi Akar Umbi yang Cemerlang 2026 ialah kempen “Asbestos. Not Here, Not Anywhere” (Asbestos. Bukan di sini, Bukan di mana-mana)”![1]

Inisiatif ini merupakan kempen utama Australia Union Aid Abroad (APHEDA) yangsejak 2010 telah berusaha untuk menghapuskan penyakit berkaitan asbestos di Asia Tenggara.[2] Kepakaran dan sokongan rakan kongsi antarabangsa dan Australia merupakan faktor penting dalam kesan positif dan pelbagai pencapaian yang dicapai oleh program ini serta begitu juga dengan kepimpinan dan kemahiran pertubuhan Union Aid Abroad termasuklah kakitangan APHEDA: Phillip Hazelton, Adam Kaminski, Kate Lee dan Clare Middlemas.[3]

Kerja jangkauan yang berdedikasi untuk membina keupayaan teknikal, perubatan dan berkempen serta meningkatkan kesedaran profesional dan awam mengenai ancaman asbestos yang boleh membawa maut membuahkan hasil yang substantif di negara pengguna utama di Asia, rantau yang menyumbang hampir semua penggunaan asbestos global. Penyelaras Rangkaian Haramkan Asbestos Asia (ABAN) Sugio Furuya mengkategorikan sumbangan bermakna kempen Union Aid Abroad – APHEDA kepada perbahasan asbestos serantau:

“Sejurus selepas ABAN diasaskan, Union Aid Abroad memulakan kerja kempen mengenai asbestos di Asia Tenggara. Ahli ABAN mengambil bahagian dalam banyak projek jangkauan inovatif dan kerjasama ini membantu menjana momentum yang diperlukan untuk mengubah dialog asbestos nasional daripada mereka yang menerima ‘penggunaan terkawal asbestos’ kepada mereka yang memerlukan masa bagi penghapusan secara berperingkat untuk semua penggunaan asbestos.Usaha semua rakan kempen dari Australia terutamanya pakar individu serta institusi kebangsaan, penjawat awam dan NGO amat dihargai oleh semua ahli rangkaian kami.

Kita kini berada di persimpangan kritikal, dengan Malaysia menuju ke arah penghapusan secara berperingkat asbestos  dan Indonesia berjuang menentang tindakan undang-undang yang dibawa oleh pihak yang mempunyai kepentingan dengan asbestos; Sokongan Australia adalah penting bagi usaha tempatan ini. Saya memuji Australia kerana meluaskan kempen ini ke lebih banyak negara Asia Tenggara dan berharap perpaduan akan terus diperkukuhkan untuk mencapai pengharaman asbestos di Asia dan di seluruh dunia.”

Menyuarakan sentimen rakan kempennya Sugio, Presiden Building and Woodworkers Trade Union Federation Cambodia (BWTUC) Sok Kin berkata:

“BWTUC telah bekerjasama dengan APHEDA di Kemboja sejak 2017. Inisiatif yang dijalankan semasa projek asbestos ini membolehkan BWTUC memaklumkan dan menggerakkan pekerja dalam sektor pembinaan, tanur bata, simen, ukiran kraftangan, dan pemprosesan kayu di Kemboja. Sepanjang masa ini, kami telah bekerjasama dengan ahli dan pihak berkepentingan, menjalankan rundingan, membangunkan rangkaian, menyediakan latihan dan menjalankan kempen antarabangsa dan nasional untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesan berbahaya asbestos. Selain itu, kami telah melobi kerajaan untuk mengeluarkan peraturan untuk menghentikan penggunaan semua jenis asbestos di seluruh Kemboja. Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada APHEDA atas perhatian berterusan, sokongan kewangan, sumber dan bantuan teknikalnya sepanjang tujuh tahun yang lalu.”

Surya Ferdian, Pengarah Inisiatif Tempatan bagi Rangkaian OSH (LION), Indonesia, merakamkan kepentingan kerja APHEDA di Indonesia:

“APHEDA telah memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesedaran di Indonesia mengenai usaha membasmi penyakit berkaitan asbestos (ARD). Banyak manfaat kepada rakyat Indonesia berkat komitmen dan keteguhan APHEDA selama lebih sepuluh tahun bersama LION Indonesia. Bantuan APHEDA yang kukuh untuk Indonesia telah memulihkan harapan bagi mangsa ARD, membekalkan pengetahuan akademik dan mengajar aktivis sosial kepentingan kehidupan manusia yang bebas daripada pendedahan asbestos. Kehadiran APHEDA di Indonesia mencetuskan keyakinan, yang mesti dipelihara dan diubah menjadi cahaya yang menawarkan harapan kepada orang lain.”

Mengulangi komitmen yang tidak berbelah bahagi pertubuhan bagi keadilan global pergerakan kesatuan sekerja Australia terhadap kempen “Asbestos. Bukan di sini. Bukan di mana-mana”, Adam Kaminski, Penyelaras Kempen Asbestos Union Aid Abroad, berkata:

“Kami percaya kempen ini benar-benar penting, mencapai keputusan yang kukuh terhadap desakan kuat oleh pengeksport asbestos dan industri yang meneruskan ugutan mereka,tindakan undang-undangSLAPP [Saman Strategik Terhadap Penyertaan Awam], maklumat salah dan juga ancaman perdagangan terhadap negara yang ingin beralih kepada bahan yang lebih selamat. Pergerakan kesatuan sekerja Australia telah menggunakan strategi untuk meneruskan kempen ini pada tahun-tahun akan datang sebagai solidariti dengan pekerja dan komuniti di rantau ini yang tidak perlu terdedah dan mati. Kami berharap untuk meneruskan semua kerja ini di rantau ini dan dengan sokongan gerakan besar yang kini dibina di sekitar kempen.

“Kerja kami dengan pertubuhan rakan kongsi di seluruh rantau ini tidak akan dapat dicapai tanpa kerjasama yang telah kami bina dengan pergerakan kesatuan sekerja Australia dan kerajaan, khususnya termasuk Agensi Keselamatan dan Pembasmian Asbestos dan Silika(ASSEA), dan pelbagai inisiatif bantuan dan perdagangan Kerajaan Australia yang menyokong peralihan asbestos di rantau ini. Kami berbesar hati dengan anugerah ini dan dengan penuh rasa terima kasih menerimanya sebagai rakan kongsi dan pengiktirafan kerja keras di dalam negara-negara di seluruh Asia Pasifik.

Siaran Akhbar (27 Mei 2026)

 

Nota

Maklumat mengenai kumpulan yang mengeluarkan kenyataan akhbar ini boleh diakses di:

● International Ban Asbestos Secretariat (IBAS), Britain
(Laman sesawang : https://ibasecretariat.org)

● Asian Ban Asbestos Network (ABAN), Jepun
(emel: Sugio Furuya, ABAN Coordinator: 2009aban@gmail.com)

● Asian Citizens’ Center for Environmental Health (Eco-Health), Korea Selatan
(Laman sesawang: http://www.eco-health.org/)

Ban Asbestos Network of Korea (BANKO), Korea Selatan
(emel: Dr. Yeyong Choi choiyy@kfem.or.kr)

● Indonesian Ban Asbestos Network (INA-BAN), Indonesia
(Laman sesawang: http://inaban.org/)

● Local Initiative for OSH Network – Indonesia (LION)
(Laman sesawang: https://lionindonesia.org/)

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Malaysia
(Laman sesawang: https://consumer.org.my/)

● Sahabat Alam Malaysia (SAM) (Friends of Earth Malaysia)
(Laman sesawang: https://foe-malaysia.org/)

 

[1]Maklumat mengenai pertubuhan yang menyokong anugerah ini – lihat di atas.

[2]Union Aid Abroad-APHEDA. Eliminating asbestos related diseases in Southeast Asia.

https://apheda.org.au/projects/eliminating-asbestos-related-diseases-in-southeast-asia/

Tapak web Union Aid Abroad-APHEDA: https://apheda.org.au/

[3]Rakan kongsi antarabangsa untuk kempen ini termasuklah:Building and Woodworkers Trade Union Federation (BWTUC) Cambodia, Ministry of Labour and Vocational Training Cambodia, Ministry Land Management, Urban Planning and Construction Cambodia, Cambodian Ban Asbestos Network, Local Initiatives OSH Network (LION) Indonesia, Lao Federation of Trade Unions (LFTU), Ministry of Health Laos, Lao OSH Association, University of Health Sciences Laos, Thailand Ban Asbestos Network (TBAN), Council of Work and Environment Related Patients’ Network (WEPT), Asian Ban Asbestos Network dan International Ban Asbestos Secretariat.Pakar asbestos daripada agensi antarabangsa iaitu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan Bank Pembangunan Asia (ADB)jugaturut memberikan sumbangan berharga kepada kempen ini dengan berkongsi kepakaran mereka. Kumpulan yang bekerjasama dalam negara termasuk: Australian Council of Trade Unions, Asbestos and Silica Safety dan Australia Department of Foreign Affairs and Trade (DFAT), Asbestos & Silica Safety and Eradication Agency (ASSEA), dan Asbestos and Dust Diseases Research Institute (ADDRI), Australian Aid dan Kedutaan Australia di seluruh rantau ini.