Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia pada 5 Jun 2026, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengadakan program kesedaran alam sekitar bersama kira-kira 20 pelajar sekolah di kebun bandar CAP.
Para pelajar dari beberapa sekolah rendah dan menengah Pulau Pinang telah dibawa melawat ke kebun bandar CAP dan diberi taklimat mengenai cara-cara menanam sayur-sayuran secara semula jadi. Mereka teruja melihat sayur-sayuran seperti bendi, kacang panjang, cili, dan pokok buah-buahan lain yang tumbuh di kebun itu.
Pegawai Latihan Pertanian Asli CAP, N.V. Subbarow memberikan penerangan kepada pelajar mengenai manfaat menanam tanaman makanan kita sendiri. Selain meningkatkan keterjaminan makanan isi rumah, pertanian bandar juga memberikan kita akses terus kepada hasil yang segar dan berkhasiat, katanya.
Para pelajar juga digalakkan untuk menghargai dan melindungi alam semula jadi. Subbarow menjelaskan kepada mereka kepentingan menanam dan melindungi pokok, dan mengapa plastik berbahaya kepada alam sekitar dan tidak boleh digunakan. Mereka juga dinasihatkan mengenai sisa makanan dan kesannya kepada alam sekitar.
Pelajar juga diberitahubahawa setiap tindakan hijau yang dilakukan tidak kira betapa kecilnya akan menyumbang kepada planet yang lebih sihat. Daripada lawatan itu, mereka mengetahui bahawa pilihan yang kita buat setiap hari boleh membantu mewujudkan persekitaran yang lebih baik dan hari esok yang lebih mampan.
Sebelum bertolak pulang, para pelajar mengutip beberapa biji benih dari kebun CAP dan berjanji untuk menanam sayur-sayuran di rumah.





