Garis panduan daripada Kesatuan Eropah (EU) mengesyorkan agar sehelai gaun dipakai sekurang-kurangnya 70 kali bagi mengimbangi pelepasan karbon yang terhasil semasa proses pembuatannya.
Darabkan bilangan sesuatu jenis pakaian yang anda miliki dengan jumlah minimum pemakaian yang disyorkan oleh EU. Contohnya: 23 helai gaun X 70 kali pemakaian yang disyorkan = jumlah keseluruhan 1,610 kali pemakaian.
Bahagikan jumlah itu dengan kekerapan anda memakai pakaian itu setiap tahun: 1,610 ÷ 52 kali pemakaian setahun = 30.96 tahun!
Ukuran sebenar nilai koleksi pakaian anda bukanlah pada jumlah pakaian yang anda miliki… Sebaliknya, ia bergantung pada sejauh mana anda benar-benar menggunakannya!
Berapa kali sesuatu pakaian perlu dipakai bagi mengimbangi pelepasan karbon yang terhasil semasa pembuatannya, menurut garis panduan EU:
● Baju & blaus – 40
● Baju-T – 45
● Seluar, gaun & skirt – 70
● Baju sejuk& baju panas – 85
● Kot & jaket – 100
Sumber: 1 Million Women


