MONYET KEEMPAT

Gambar: Culture Collective

Anda tentu pernah mendengar mengenai tiga ekor monyet bijak yang tidak melihat kejahatan, tidak mendengar kejahatan, dan tidak bercakap tentang kejahatan. Kini, kenali pula monyet yang keempat.

Monyet keempat ini mencerminkan ciri ketiga-tiga monyet terdahulu dengan cara yang sama sekali berbeza. Dia tidak melihat sesiapa, tidak mendengar sesiapa, dan tidak bercakap dengan sesiapa. Matanya sentiasa tertumpu pada skrin telefon, dia mengasingkan diri daripada orang lain, serta mengabaikan kehidupan sebenar.

Meme satira ini menggambarkan ketagihan digital dalam kehidupan seharian kita. Ramai antara kita yang begitu leka dengan telefon masing-masing… di meja makan, semasa memandu, ketika melintas jalan, malah di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.

Monyet keempat itu melambangkan kita serta semua orang yang kita lihat pada hari ini. Ketagihan telefon merupakan satu wabak zaman moden; telefon kita secara senyap-senyap meragut masa dan kehidupan kita. Ini adalah sesuatu yang wajar kita bimbangkan.

Perumpamaan bergambar mengenai monyet keempat ini merupakan satu seruan untuk bertindak. Sudah tiba masanya untuk kita membebaskan diri daripada belenggu dunia digital dan kembali menjalani kehidupan yang sebenar. Kini masanya untuk kita meletakkan telefon, memupuk hubungan sesama manusia yang bermakna, serta menjalani kehidupan yang lebih baik.

Terdapat dunia fizikal dengan interaksi nyata yang boleh dialami demi kesihatan dan kebahagiaan sejati iaitu sesuatu yang tidak mungkin dapat digantikan oleh peranti digital.