No products in the cart.

Bulan: September 2016

SAM GESA PENCEMARAN SUNGAI NYIOR DIATASI SEGERA

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Pahang dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah pencemaran Sungai Nyior, Balok dekat Kuantan yang serius berlaku ketika ini. Masalah yang berlarutan sejak sekian lama itu bukan saja menyebabkan air sungai berkenaan menjadi hitam pekat dan berbau busuk tetapi juga telah dikesan mengandungi E-Coli yang tinggi....
Baca Lagi

Letupan Kuat di Kuari Batu di Batu Kawan Membimbangkan Penduduk

Letupan kuat yang luar biasa yang berlaku di Batu Kawan baru-baru ini yang dipercayai dari projek kuari batu di kawasan berdekatan membimbangkan penduduk di sini. Rata-rata penduduk sekitar kawasan termasuk penduduk taman perumahan Bandar Cassia mendakwa terkejut dengan letupan dan dentuman yang kuat hingga menggegarkan kawasan perumahan mereka. Sahabat Alam Malaysia menggesa pihak Kerajaan...
Baca Lagi

Hutan, Pantai dan Laut di Pantai Kok, Langkawi Terancam Akibat Pembangunan

Sahabat Alam Malaysia (SAM) bimbang Pantai Kok di Pulau Langkawi, Kedah tercemar berikutan kerja-kerja penambakan kawasan pantai dan penerokaan hutan yang berlaku di tempat itu ketika ini. Dalam tinjauan yang dibuat, SAM mendapati kawasan tersebut sedang pesat membangun bagi melaksanakan projek pelancongan dan kerja-kerja asas oleh pemaju yang terlibat telah bermula sejak beberapa bulan lalu. SAM...
Baca Lagi

KAWAL SELIA YURAN RAWATAN PERGIGIAN

Kos tinggi memasang pendakap gigi menyebabkan pengguna mengambil jalan keluar yang tidak betul Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) terkejut dengan laporan media baru-baru ini mengenai doktor gigi yang palsu menawarkan rawatan pergigian atau khidmat memasang pendakap gigi secara haram hingga menimbulkan beberapa masalah kesihatan yang serius kepada pesakit. Pengguna yang mendapatkan khidmat...
Baca Lagi

ADAKAH PEMERIKSAAN KESELAMATAN DOSH YANG LEPAS TIDAK BENAR

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merasa bingung dengan fakta oleh DOSH yang telah melaporkan bahawa mereka telah menutup menara kren kerana melanggar pelbagai langkah keselamatan dan penyelenggaraan dan mereka mendapati pekerja kren menggunakan lesen kelayakan palsu, walaupun mereka mendakwa mereka telah menjalankan pemeriksaan keselamatan di tapak pembinaan setiap 15 bulan. Selepas kematian...
Baca Lagi

Pemaju Tidak Sepatutnya Menyediakan Pinjaman Perumahan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) membantah dengan sekeras-kerasnya terhadap keputusan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk membenarkan pemaju memberikan pinjaman di bawah Akta Pinjaman Wang (Pindaan) 2011. Menurut Menteri Tan Sri Noh Omar ia adalah situasi menang-menang. Sebenarnya hanya satu pemenang sahaja yang jelas daripada skim ini iaitu pemaju. Noh...
Baca Lagi

Pengguna Ditipu Oleh Alat Penimbang Berat Yang Tidak Tepat

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menjalankan pemeriksaan dan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga di pasar basah yang menggunakan alat penimbang berat mekanikal yang tidak tepat (timbang dua muka)untuk menipu pengguna. Tinjauan kami ke semua pasar basah di Pulau Pinang baru-baru ini menunjukkan beberapa alat...
Baca Lagi

BIARLAH KEWARASAN MENGATASI KEGILAAN POKEMON

Pokemon Go, permainan realiti berasaskan lokasi, tidak perlu diperkenalkan lagi memandangkan permainan itu telah dimuat turun lebih daripada 130 juta kali di seluruh dunia sejak pelancaran awalnya pada 6 Julai 2016. Bagaimanapun, Ars Technica melaporkan bahawa permainan itu yang hampir 45 juta pengguna harian pada Julai, merosot kepada hanya lebih 30 juta sejak permulaan Ogos. Majalah teknikal...
Baca Lagi

CAP GESA MBPP KAJI PEMBINAAN GERAI MAKANAN DI AYER ITAM

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengkaji semula pembinaan gerai makanan yang dibina untuk peniaga-peniaga kecil di  Lebuhraya Thean Teik, Ayer Itam di sini kerana terlalu sempit dan tidak selesa untuk dikunjungi para pelanggan. Sebanyak 33 buah gerai telah dibina oleh MBPP di Lebuhraya Thean Teik berhampiran persimpangan ke Paya Terubong bagi...
Baca Lagi

Pembangunan Pesat Antara Punca Banjir Kilat di Bayan Baru

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Pulau Pinang menyiasat dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah banjir kilat yang kerap melanda kawasan Bayan Baru pada musim hujan. Hari ini kejadian itu berulang lagi menyebabkan ribuan penduduk dan pengguna jalan di sekitar bandar ini panik kerana air berlumpur menerjah dan melimpahi kawasan tersebut. Tinjauan SAM mendapati pelaksanaan...
Baca Lagi