Rakan-rakan dan Pekebun Bandar yang dihormati,
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) sedang mengumpul pokok Lidah Buaya atau Aloe Vera dan Lidah Mertua atau Lidah jin serta anak pokok Sirih Gading untuk diedarkan ke sekolah.
Ingin menyumbang kepada usaha penghijauan ini? Anda boleh menghantar tanaman anda di pejabat kami pada waktu pejabat, atau menggantungnya di pintu pagar pada hari Ahad dan cuti umum.
Terima kasih kerana menyertai kami dalam usaha ke arah alam sekitar yang lebih mampan.




