Bahaya Jika Bermalas-malasan

Kurang bergerak atau gemar duduk-duduk sahaja lama kelamaan akan menaikkan berat badan. Amalan berkereta untuk ke mana-mana membantu kita KURANG BERGERAK SECARA FIZIKAL. Graf di bawah jelas menunjukkan negara yang menggunakan lebih banyak petrol mempunyai penduduk yang lebih gemuk.

Tidak aktif secara fizikal dan bertubuh gemuk meningkatkan risiko diserang penyakit jantung, strok, kanser, diabetes dan pelbagai masalah kesihatan lain. Kita dicipta untuk bergerak, bukannya untuk duduk sahaja dan bermalas-malasan. Kita perlu selalu berjalan atau rajin berbasikal. Nikmati pemandangan dan hubungan sesama manusia yang datang bersama pergerakan yang perlahan.