Menurut sumber industri, untuk mengelakkan kebimbangan pengguna mengenai penggunaan tablet toksik atau agen salutan, kebanyakan pengeluar cuba mengelakkan masalah itu dengan tidak menyenaraikannya pada label.
“Agen pengalir seperti bedak talkum, disyaki karsinogen (agen penyebab kanser), digunakan secara kerap oleh kebanyakan pengeluar seperti polyvinylpyrrolidone, magnesium stearate (terbukti agen penekan imun), lilin dan banyak lagi karsinogen lain yang diketahui atau disyaki.
Sukar dipercayai namun hampir semua pengeluar menggunakan bedak talkum, disyaki karsinogen kepada manusia, dalam salutan kelajuan tinggi untuk menghasilkan produk salutan,” menurut sumber.
Selepas pembelian pertama penyalut berkelajuan tinggi yang mahal, seorang wakil daripada salah satu syarikat pengeluar dipetik sebagai berkata, “Anda boleh menghasilkan kebanyakan produk terbaik dengan menambah 1-2% bedak talkum bagi setiap kapsul.”
Pada hakikatnya, bagi hampir semua pengeluar kapsul berkelajuan tinggi, itulah yang sebenarnya dilakukan, menurut sumber itu lagi.
Bedak talkum atau talc, bahan isian, mempunyai persamaan dengan asbestos, mineral berserat yang digunakan dalam bahan bangunan dan produk komersial lain, karsinogen yang kuat. Partikel talkum menunjukkan ia menjadi penyebab tumor ovari dan kanser paru-paru kepada mangsanya.
Daripada PANDUAN CAP: SUPLEMEN KESIHATAN, yang TIDAK SELAMAT. TIDAK BERGUNA atau TIDAK PERLU. Boleh diperolehi di sini:
http://pengguna.org.my/index.php/utama/buku/product/view/3/116