Kami Akan Sentiasa Mengingatimu
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah kehilangan seorang rakan seperjuangan, Ng Got Keng, yang meninggal dunia pada 12 Februari 2023.
Keng, seperti panggilan mesranya, menyertai CAP pada 1 Julai 1988 sebagai Artis Grafik dan berkhidmat selama 32 tahun sehingga 31 Disember 2020. Beliau terus menyokong usaha kami walaupun selepas meninggalkan pertubuhan ini.
Keng merupakan salah seorang daripada ramai wira yang tidak didendang di CAP yang bekerja secara senyap di belakang tabir, mengendalikan proses penting seharian yang membolehkan kami berkongsi visi kami dan menyebarkan mesej pengguna yang penting kepada orang ramai. Pernah bekerja di firma pengiklanan sebelum ini, dia membawa pengalaman yang diperolehnya terhadap kerjanya di CAP iaitu menyediakan grafik, reka letak dan lukisan untuk buku, akhbar dan penerbitan bercetak kami yang lain.
Bidang utama karyanya ialah di dalam Utusan Konsumer versi Tamil, di mana kartunnya popular dalam kalangan pembaca. Beliau juga memainkan peranan penting dalam Pengguna Kanak-Kanak, menghasilkan lukisan dan grafik untuk majalah itu.
Beliau seorang yang merendah diri dan bersahaja yang sentiasa enggan untuk menerima pujian bagi kerjanya, sebaliknya lebih suka membantu menyelesaikan kerja demi kebaikan umum pertubuhan.
Fleksibel dan mudah didekati, beliau sanggup bekerja dalam mana-mana projek yang diberikan kepadanya dan suka menjadi sukarelawan dalam semua bidang kerja. Dia membantu dalam penjualan buku di premis CAP dan semasa pameran, dengan penuh senyuman. Beliau turut terlibat dalam semua kempen basikal CAP yang dianjurkan, mereka bentuk logo dan risalah, mengedarkan baju-T kepada peserta, dan melakukan kerja-kerja remeh tapi penting di belakang tabir.
Jika mana-mana kakitangan memerlukan bantuan untuk menyediakan pembentangan Power Point bagi acara rasmi atau alatan peragaan bagi sidang akhbar, mereka sentiasa boleh mengharapkan Keng untuk menyelesaikan tugas itu.
Pemergian Keng adalah satu kehilangan besar kepada CAP dan kakitangannya. Beliau lebih daripada sebahagian daripada tenaga kerja Keluarga CAP yang berharga. Beliau adalah kawan yang setia.
Got Keng yang dikasihi,
Anda tidak meminta tepukan
Anda bekerja bukan untuk kemasyhuran
Anda percaya dan penuh setia
Anda mempunyai nama yang mulia
Terima kasih Keng, atas teladan cemerlang dan kerja baik yang telah anda berikan kepada kami. Rest in Peace, kawan yang dikasihi. Kami akan sentiasa menghargai jasa anda dan menyimpan kenangan bekerja bertahun-tahun bersama anda.