Bulan Sisa Sifar Antarabangsa

Hari Tolak Sekali Guna

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) secara rasmi menyertai pergerakan untuk #refusesingleuseday!

Pada 6 Januari 2026, kami turut menyertai orang lain dalam mengisytiharkan bahawa era budaya guna buang mestilah dihentikan. Di CAP, kami memimpin melalui teladan dengan membawa makanan dalam mangkuk tingkat keluli tahan karat, koleh dan bekas makanan bukannya plastik sekali guna. Setiap pilihan kecil akan memberikan kesan, menunjukkan bahawa melindungi alam sekitar kita boleh bermula dengan tindakan harian yang mudah.

Tetapi ini memerlukan lebih daripada kemahuan malah ia memerlukan pembiayaan.

Kami menggesa kerajaan dan juga pelabur untuk menghentikan subsidi sistem pengeluaran sekali guna dan mengutamakan pembinaan infrastruktur guna semula yang sangat diperlukan oleh planet kita.

#izwm2026 #investinzerowaste #ChooseReuse #refusesingleuse

Global Alliance for Incinerator Alternatives (GAIA)

Zero Waste Asia