Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merasa amat terkejut dengan perkembangan terbaharu bahawa empat feri terakhir yang berkhidmat dibawa ke bengkel atas “alasan teknikal”, menyebabkan beribu penumpang feri terkandas, yang selama ini bergantung kepada perkhidmatan feri. Hanya pada akhir Julai lepas apabila lima feri tidak berfungsi dan penumpang terpaksa menunggu kira-kira sejam untuk menaiki feri.
Penumpang feri perlu dibawa dari Penang Sentral di Butterworth ke terminal feri Weld Quay secara percuma oleh bas transit. Bas ulang alik bukan penyelesaian kepada masalah yang sudah lama berhubung penyelenggaran feri yang lebih sempurna dan menyediakan latihan yang lebih sempurna kepada kakitangan yang amat berkurangan.
Menyediakan sistem pengangkutan yang lebih cekap tidak seharusnya dianggap sebagai keuntungan tetapi sebagai satu tanggungjawab yang berat kepada rakyat, yang kebanyakannya adalah terdiri daripada pekerja dan pelajar, dan bukannya tidak memberikan kebaikan kepada rakyat. Pengendali feri perlu ingat bahawa beribu penumpang feri setiap hari tidak mempunyai pilihan memandangkan mereka bergantung sepenuhnya kepada perkhidmatan feri untuk menyeberangi Selat Pulau Pinang.
Gagal untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap adalah satu pelanggaran kepercayaan yang diletakkan kepada pengendali feri. Kami menggesa kerajaan supaya meneliti seluruh isu ketidakcekapan dan ketidakbertanggungjawaban ini dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).
Sementara itu, kami menggesa kerajaan supaya meletakkan operasi perkhidmatan Feri Pulau Pinang di bawah Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang sepertimana sebelum 2017. Sehingga 2019, Feri Pulau Pinang mengangkut 1.54 juta pejalan kaki, di samping 0.25 juta pelbagai jenis kenderaan. Ini menggambarkan betapa pentingnya perkhidmatan feri sebagai satu pilihan kepada jambatan.
Kami ingin mengulangi gesaan supaya ditubuhkan RCI berhubung keadaan perkhidmatan Feri Pulau Pinang yang amat teruk ini dan juga menyediakan latihan bagi kakitangan yang terlibat dalam operasi dan penyelenggaraan feri. Penyelenggaraan secara proaktif mestilah digunapakai oleh pengendali feri.
Kenyataan Akhbar, 25 Ogos 2020