No products in the cart.

Kategori: Financial Literacy BM

Pemungutan Yuran: Ibu-bapa, pengusaha tadika dan pusat jagaan kanak-kanak juga perlu tahu selain pengusaha bas sekolah

  Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan untuk mengkajisemula secara serius semua langkah-langkah yang telah mereka ambil selama perintah kawalan pergerakan (PKP) dan mengenalpasti adakah sektor yang belum ditangani. Salah satu sektor yang belum diselesaikan adalah masalah mengenai pengusaha tadika dan pusat jagaan kanak-kanak. Pengusaha tadika dan pusat jagaan kanak-kanak...
Baca Lagi

Bank Perlu Utamakan Kebajikan Rakyat Daripada Keuntungan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memastikan bank tidak mengenakan sebarang caj kadar faedah/keuntungan ke atas pinjaman dan penbiayaan Islam kadar tetap terhadap kumpulan B40 dan M20 bagi tempoh moratorium enam bulan. Caj kadar faedah sudah pun dikira dalam pinjaman. Kita kini berada dalam tempoh yang mencabar. Ramai daripada dua kumpulan ini...
Baca Lagi

Kerajaan Perlu Berwaspada Mengenai Pengeluaran KWSP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merakamkan sokongannya terhadap kenyataan ketua pegawai eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Tunku Alizakri Alias baru-baru ini yang mengingatkan para pencarum bahawa simpanan mereka adalah "untuk masa depan" dan tidak harus dikeluarkan. Beliau menjelaskan bahawa 71.4 peratus daripada mereka yang bekerja sendiri mempunyai simpanan kurang dari satu...
Baca Lagi

Kerajaan Perlu Kawal Bekalan dan Mensubsidikan Harga Topeng Muka

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) memandang situasi semasa wabak Covid-19 dengan rasa bimbang memandangkan sehingga 10 Mac 2020, virus itu telah menjangkiti 116,345 mangsa di seluruh dunia. Lebih-lebih lagi, Covid-19 memberikan kesan negatif terhadap ketersediaan dan kos banyak produk farmaseutikal dan perubatan (termasuklah topeng muka) memandangkan China merupakan pengeluar dan pengeksport...
Baca Lagi

Musim Perayaan Semakin Dekat: Harga Bahan Makanan Tertentu Meningkat

Tinjauan yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang dalam tempoh beberapa hari yang lepas menunjukkan peningkatan ketara dalam harga cili merah, kacang panjang, kacang bendi, tomato dan kacang. Harganya meningkat daripada antara 20% hingga 70%. Dengan sambutan Tahun Baharu Cina yang semakin hampir, bahan yang disebutkan di atas merupakan antara barangan yang akan mendapat permintaan yang...
Baca Lagi

Harga Ubatan Yang Tinggi Tidak Dapat Diterima

Kami merujuk kepada artikel dalam The Star, 22 Oktober 2019 “Costly meds a bitter pill to swallow”. Sudah terlalu lama harga ubatan di negara ini terbiar tanpa dikawal, dengan menjejaskan pengguna yang terpaksa mengeluarkan wang dan Kementerian Kesihatan yang menyediakan penjagaan kesihatan bagi berjuta rakyat Malaysia. Pada 2018, Kementerian Kesihatan membelanjakan lebih daripada RM2.38...
Baca Lagi

PENIPUAN PERUMAHAN KOS RENDAH PULAU PINANG

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merujuk kepada dakwaan oleh Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Pulau Pinang YB Jagdeep Singh baru-baru ini bahawa pakej ubah suai adalah sukarela. Menjawab kepada aduan baru-baru ini, beliau membalas bahawa “jika pembeli mahu unit kosong, tanpa apa-apa, dan mahu membawa tilam dan bantal sendiri untuk masuk dan tidur di sana, maka pemaju mestilah menjual...
Baca Lagi

Betul kata kami…memang jualan murah!

Sewaktu pembentangan Bajet 2020 baru-baru ini, Menteri Kewangan mengumumkan kerajaan akan menurunkan  nilai ambang bagi kondominium dan pangsapuri di kawasan bandar daripada RM1 juta kepada RM600,000 selama setahun. Ini bagi membolehkan pemilikan asing hartabenda berkenaan demi mengurangkan harta-harta yang masih belum terjual yang kini mencecah RM8.3 bilion dalam suku kedua tahun 2019....
Baca Lagi

Jangan bebankan rakyat dengan kenaikan kadar cukai

Dua Majlis Bandaraya Pulau Pinang, MBPP dan MBSP, telah menaikkan cukai taksiran bagi sejumlah 322,549 dan 327,401 hartanah di bahagian Pulau dan Seberang Perai. Alasan yang diberikan terhadap langkah ini ialah pihak majlis bandaraya tidak pernah menyemaknya sejak 15 tahun lepas dan mereka juga mengalami defisit tahunan sejak 2016. Dilaporkan bahawa sehingga April 2019 terdapat 54,792 pembayar...
Baca Lagi

Keuntungan tambahan untuk bank daripada dasar tidak adil

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) membantah dengan sepenuhnya terhadap usaha oleh pihak bank untuk mengambil keuntungan lebih daripada apa yang sudah dilakukan daripada pelaksanaan dasar yang tidak adil. Kami membantah bayaran transaksi sebanyak RM0.50 bagi CRM (Mesin Pengeluaran Tunai) dan CQM (Mesin Deposit Cek) dan RM2.00 bagi bayaran transaksi di kaunter. Dilaporkan bahawa bank tertentu...
Baca Lagi