“Majoriti wayang yang keterlaluan yang ditayangkan adalah dari Amerika; dan banyak daripadanya hasil yang sama sebagai “One False Move”. Boleh dikatakan ia tercemar; mereka meraikan keganasan demi hal itu dan untuk wang.
Mereka juga mempromosikan seksualisasi keganasan sebenar, iaitu rogol dan bunuh. Dalam “One False Move”, seorang yang sakit jiwa memegang pisau yang diletakkan di leher teman wanita dan dia membujuknya.
Keganasan ini, tulis seorang pengkritik, “tidak ada yang lebih buruk berbanding apa yang anda baca dalam akhbar”. Ia mencerminkan realiti, anda melihat agaknya seperti siri , “Dressed to Kill” dan “Reservoir Dogs”, mencerminkan kehidupan seperti yang kita jalani.
Hakikatnya, keganasan keterlaluan Hollywood sekarang menggunakan filem untuk menyisihkan semua cara hidup lain. Jarang terdapat yang mencerminkan keganasan kemiskinan yang menjadi endemik di Amerika Syarikat.
Malah sukar untuk mencari wayang dinilai PG yang tidak ganas, sepertimana yang saya dapati baru-baru ini ketika saya membawa anak saya berusia 8 tahun untuk menonton “Mr Nanny” dan “Home Alone 2”.
Kedua-duanya menunjukkan kemahiran pengarah secara sinis “mengandungi” keganasan, sementara memastikan orang muda yang menjadi audien terpukau olehnya.
Bagaimana masyarakat yang mempunyai kadar jenayah berkaitan senjata tertinggi di dunia, kadar hukuman penjara tertinggi di dunia, apalagi perpecahan sosial paling hebat, mula untuk membersihkan diri sendiri daripada keganasan ketika budaya popular digunakan?
Kemampuan kita untuk merasa belas kasihan dianiaya oleh kekejaman berlebihan, terutamanya ketika diberikan kemilau Hollywood.”
— John Pilger dalam New Statesman & Society