Kenapa pameran di kaunter keluar sering menjual gula-gula, coklat, manisan, dan lain-lain snek tidak sihat? Dan sering diletak atas rak pada paras mata kanak-kanak?
Kajian yang dibiayai oleh kerajaan United Kingdom (UK) menunjukkan bahawa 76% kurang pembelian gula-gula dan manisan dibeli dari pasar raya yang tidak mempamerkannya di kaunter keluar berbanding dengan yang berbuat demikian.
Pameran di kaunter keluar menggoda kanak-kanak untuk mengambil barangan ini dan dimasukkan ke dalam troli membeli-belah ketika keluarga sedang beratur di kaunter. Kanak-kanak menggunakan kuasa mendesak dan membuat perangai ketika saat ibu bapa tertekan apabila terdapat ramai orang yang tidak sabar. Tidak melayani permintaan anak ketika ini kelihatan buruk; oleh itu, kebanyakan ibu bapa akan mengalah kepada pembelian tidak sihat ini.
Ditekan untuk bertindak disebabkan peningkatan obesiti dalam kalangan kanak-kanak, sesetengah pasar raya tidak lagi meletakkan snek di kaunter keluar.
Bryony Sinclair, Pengurus Dasar Kanan di Dana Penyelidikan Kanser Dunia (WCRF), mengalu-alukan kajian itu. “Mempamerkan makanan dan minuman bergula di kaunter keluar, menggoda pembeli untuk membuat keputusan yang tidak sihat di saat-saat akhir, tidak dapat diterima,” katanya.
“Dasar yang berdasarkan bukti ini kemudiannya boleh dilaksanakan oleh kerajaan untuk mewujudkan persekitaran yang menyokong pilihan lebih sihat memandangkan memakan terlalu banyak gula boleh membawa kepada pertambahan berat, dan berat berlebihan atau obes meningkatkan risiko 12 jenis kanser yang berbeza.”
Kerajaan perlu menghentikan amalan seperti itu bagi memerangi obesiti dan penyakit yang berkaitan.