DURIAN – JANGAN MAKAN BERLEBIHAN

Pasti semua penggemar durian tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati keenakan raja buah ini. Tidak dinafikan durian sememangnya mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Namun, nikmatilah secara sederhana bagi mengelakkan kesan seperti badan berasa panas atau pening kepala.

Makan durian tak salah. Yang salah jika ambil berlebihan… dan yang penting peka dengan tindak balas diri masing-masing. Jika badan anda sensitif, berikut boleh terjadi: jantung berdebar, panas badan, sakit kepala dan perut berangin.

Kenapa? Sebab setiap badan tak sama. Elak makan durian semasa perut anda kosong.

Oleh kerana durian mengandungi gula ringkas yang tinggi dan merupakan buah yang tinggi kalori, elak minuman manis dan makanan berat apabila makan durian.

Ingat, SEDERHANA itu kunci. Cukup sekadar merasa – 2, 3 ulas pun dah cukup bahagia. Nikmat dirasa, kesihatan pun kekal terjaga.

Sumber: Nutritionist KKM