Harimau Malaya di Ancam Kepupusan – Krisis Negara yang Menuntut Tindakan Segera

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berasa amat bimbangterhadap populasi harimau di Malaysiayang semakin pupus. Dengan hanya kurang daripada 150 ekor yang tinggal di kawasan hutan, harimau Malaya bukan sahaja terancam malah ia hampir lenyap dalam jangka hayat kita.

Setiap harimau yang hilang adalah lebih daripada kehilangan spesies; ia adalah kehilangan simbol kekuatan, daya tahan, dan tanggungjawab kita bersama untuk melindungi alam semula jadi. Kemerosotan populasi harimau adalah amaran paling kuat oleh ekosistem kita.

Ini bukan sahaja kecemasan dalam aspek pemuliharaan tetapi krisis negara dengan akibah ekologi dan budaya yang begitu meluas. Kehilangan harimau ini akan menjejaskan kestabilan ekosistem hutan yang mengawal bekalan air, biodiversiti, daya tahan iklim dan sumber semula jadi. Ini juga bermakna kehilangan warisan negara yang tidak dapat dipulihkan dan  yang mentakrifkan identiti Malaysia.

Krisis ini telah berdekad-dekad lamanya berlaku. Hutan, tanah lembap dan ekosistem lain yang diketepikan bagi pemuliharaan telah tidak henti-henti merosot dan terpecah-pecah oleh penukaran guna tanah untuk pertanian, perumahan, infrastruktur dan pembangunan perindustrian. Ancaman yang semakin meningkattermasuklah pemburuan haram, kepupusan binatang buruan, konflik manusia-harimau, dan kematian di jalan rayayang mendorong spesies itu semakin hampir kepada kepupusan. Antara 2023 dan 2024 sahaja, enam ekor harimau dilaporkan mati akibat perlanggaran dengan kenderaan. Dalam satu kes yang mengejutkan pada tahun lalu, bangkai harimau ditemui dengan enam butir peluru di kepalanya, disembunyikan di dalam but kereta.

Penjualan kulit dan gigi harimau sebagai azimat adalah masalah global yang mengancam spesies terancam ini dan menjejaskan usaha pemuliharaan. Dalam sesetengah budaya, kulit harimau dilihat sebagai simbol kuasa, kekayaan, atau perlindungan, manakala gigi dan kuku harimau dipercayai membawa kekuatan, keberanian, atau tuah apabila dipakai sebagai azimat. Kepercayaan ini, yang diturunkan dari generasi ke generasi, terus mencipta permintaan walaupun tidak mempunyai asas saintifik. Akibatnya, harimau diburu atau pemburuan haram bukan untuk keperluan hidup tetapi untuk keuntungan dan status. Di Malaysia, terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan kulit dan gigi harimau. Carian di dalam talian mendedahkan bahawa kulit dan gigi harimau boleh didapati melalui platform e-dagang.

Amalan yang berterusan ini menyerlahkan lagi keperluan mendesak untuk pemuliharaan, terutamanya bagi negara seperti Malaysia. Perdagangan haram bahagian badan harimau ditambah lagi dengan kemusnahan habitat, mewujudkan ancaman tambahan kepada kelangsungan hidupnya.

Pembinaan jalan raya dan lebuh raya melalui hutan bukan sahaja memusnahkan habitat tetapi mencetuskan tindak balas berantai kemusnahan: pembalakan intensif, pengembangan pertanian dan penempatan baharu. Aktiviti-aktiviti ini menghilangkan ekosistem dan menyebabkan kehilangan habitat bagi hidupan liar, menyebabkan harimau tiada pilihan selain menjadikan ternakan sebagai mangsanya.

Usaha yang dilakukan oleh NGO, komuniti orang asli dan agensi kerajaantermasuk angkatan tentera, polis dan Jabatan Perhutananadalah dipuji. Namun Jabatan Hidupan Liar melaporkan pada 2024 peningkatan yang membimbangkan dalam pemburuan haram, terutamanya semasa musim perayaan.  Spesies rusa dan kancil yang penting untuk kelangsungan hidup harimau dan burung enggang sedang diburu secara haram untuk dimakan atau dipelihara sebagai haiwan peliharaan eksotik.

Kerajaan negeri mestilah mengakui bahawa hutan bukan hanya tanah untuk pembangunan; ia juga penting bagi pengawalan iklim, bekalan air dan perlindungan tanah. Namun kepelbagaian biologi, sebagai tidak ketara, sentiasa diremehkan dalam keputusan dasar. Selagi pengurusan tanah dan sumber kekal tertakluk kepada keutamaan ekonomi jangka pendek, pemuliharaan akan menghadapi halangan yang tidak dapat diatasi.

Dengan keadaan harimau Malaya yang kini semakin diambang kepupusan, bolehkah Perhilitan memulihkan populasi harimau secara realistik daripada 150 ekor kepada 400 ekor menjelang 2030, seperti yang dibayangkan oleh Ketua Pengarah Hidupan Liaratau adakah sasaran ini adalah satu ilusi?

Menyelamatkan harimau memerlukan lebih daripada kempen kesedaran.  CAP menuntut kehendak politik dan menggesa langkah anti-pemburuan haram yang lebih tegas; peningkatan dana bagi rondaan dan penguatkuasaan; menentang rasuah dalam rangkaian jenayah hidupan liar, habitat hutan yang lebih dilindungi dan lebih berhubung dan meningkatkan penglibatan komuniti orang asli yang lebih mengenali hutan daripada orang lain.

Malaysia perlu lebih berusaha  untuk melindungi spesies paling ikonik negara. Jika harimau kitalenyap, ia bukan disebabkan oleh kejahilan, tetapi kerana kegagalan untuk melakukan dengan secukupnya untuk melindunginya.

 

 

Mohideen Abdul Kader
Presiden
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

Surat Kepada Pengarang, 8 Januari 2026