Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyokong sepenuhnya kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Wong Tack, Ahli Parlimen Bentong pada 29 Mei 2019.
Dalam kenyataannya, Wong Tack menyatakan bahawa Andrew Goledzinowski, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia menggunakan media untuk membantu Lynas keluar daripada komitmen awal kepada pengawal Malaysia berhubung pemindahan sisa radioaktif amat tidak beretika dan dikesali.
Pada Disember 2018, dalam jawapannya kepada pekerja Lynas, YB Yeoh Bee Yin, Menteri Tenaga, Sains dan teknologi, alam sekitar dan perubahan iklim (MESTECC), berkata Lynas Corporation Ltd., Australia (Lynas Australia) dan Lynas Malaysia Sdn. Bhd. (Lynas Malaysia) dua kali (melalui 2 surat pada Februari dan Mac 2012) berjanji untuk memindahkan sisa Lynas Advanced Materials Plan (LAMP) dari Malaysia (https://www.malaysiakini.com/news/456020). Hari ini, menarik balik daripada komitmen dan akujanji mereka sendiri.
Seterusnya, Lynas, ketika permohonan untuk beroperasi di Malaysia, tidak menyebut Konvensyen Basel dan kesukaran dalam mengeksport sisa; oleh itu TIADA pendedahan maklumat sepenuhnya bagi pihak berkuasa Malaysia untuk menilainya. Hanya sekarang dalam Penilaian Kesan Alam Sekitar: Cadangan Tapak Pelupusan Selamat (Premis yang ditetapkan) bagi penyimpanan sisa pepejal NUF dalam lingkungan tapak LAMP sedia ada telah menyatakan Konvensyen Basel untuk menyokong dakwaan bahawa sisa berjadual tidak boleh dieksport. Jelas, Lynas tidak pernah jujur daripada awal berhubung isu pelupusan sisa.
Oleh itu, kita menyokong kenyataan Wong Tack yang berkata bahawa Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia perlu menasihati Lynas supaya melaksanakan komitmennya yang dibuat dua kali kepada kerajaan Malaysia pada 2012 bukannya membuat alasan.
Kerajaan Malaysia mempunyai hak berdaulat untuk menggubal undang-undang, standards, peraturan dan syarat untuk melindungi warganegara, alam sekitar dan ekonomi kini dan masa depan.
Malaysia juga boleh menggunakan syarat sebagai pelaksanaan langkah berhati-hati yang diterima antarabangsa. Menyuarakan apa yang Perdana Menteri Malaysia dan Menteri MESTECC katakan sebelum ini, Lynas perlu memindahkan semua sisa radioaktif menjelang tempoh tamat yang diberikan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom iaitu pada 2 September 2019.
SAM menggesa MESTECC dan kerjaan tidak membenarkan Lynas untuk beroperasi di Malaysia sehingga ia mengeluarkan semua sisa mereka ke negara asal. Negara kita tidak sepatutnya menjadi tapak pembuangan sisa beracun dan berbahaya!
Kenyataan Akhbar, 30 Mei 2019