Dengan pengenaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dilaporkan bahawa Mahkamah Persekutuan berkata bahawa semua kebenaran untuk pemohonan rayuan dijadualkan akan didengar daripada 15 April hingga 30 April akan diputuskan berdasarkan hanya kepada penghujahan bertulis, tanpa kehadiran peguam untuk berhujah di hadapan panel Hakim Mahkamah Persekutuan.
Permohonan kebenaran di Mahkamah Pesekutuan melibatkan pertimbangan persoalan undang-undang. Ia berdasarkan persoalan perundangan dan perlembagaan yang dikemukakan oleh pihak yang terkilan dan mahkamah akan memutuskan sama ada persoalan itu mempunyai merit untuk rayuan didengar. Ia memerlukan kepakaran khusus daripada peguam dengan perhatian panel hakim. Sudah menjadi pengetahuan umum permohonan kebenaran jarang diberikan.
Jadi langkah ini mempunyai permohonan yang paling sukar untuk didengar melalui penghujahan bertulis, adalah dengan hormat adalah bukan tepat pada masanya dan dengan sempurna.
Seksyen 75 Akta Kehakiman Mahkamah yang menyatakan bahawa mahkamah mestilah bersidang pada tarikh dan tempat seperti yang diputuskan oleh Ketua Hakim. Panel tidak boleh bersidang dan memutuskan tanpa kehadiran fizikal peguam bagi pihak yang mempertikai. Peraturan 98 Undang-undang Mahkamah Persekutuan 1995 juga menekankan bahawa semua permohonan perlu pengadilan terbuka.
Litigan, khususnya orang ramai, berhak untuk proses yang telus dan adil bagi perkara mereka yang dibawa ke mahkamah, terutama sekali Mahkamah Persekutuan yang merupakan mahkamah tertinggi di negara ini.
Di kebanyakan Mahkamah Rendah dan Makhamah Tinggi, perkara interlokutori ditangani dengan cara penghujahan bertulis dan amalan ini mungkin berterusan.
Kita kini sedang menghadapi cabaran yang tidak dijangka dan pihak kehakiman tidak seharusnya memperkenalkan sebarang langkah jangka pendek yang boleh membawa kepada ‘justice hurried is justice buried’.
Kami menggesa Mahkamah Persekutuan supaya menangguhkan semua permohonan kebenaran perbicaraan sehingga PKP ditamatkan, melainkan pihak yang berkenaan itu sendiri yang bersetuju agar perkara itu ditangani dengan cara penghujahan bertulis.
Kenyataan Akhbar/Surat Kepada Pengarang, 27 Mac 2020