Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat skeptikal apabila Heineken Malaysia Bhd. mengumumkan pada Jun bahawa ia akan melancarkan minuman malt tanpa alkohol Heineken 0.0 pada Julai 2019. Pada hakikatnya, ia merancang untuk menjual produk itu di 14 pasaran seluruh Eropah, Rusia dan Israel.
Walaupun Heineken berkata ia cuba untuk memancing trend pengambilan alkohol secara sederhana global di mana “minuman tanpa alkohol boleh dinikmati”, CAP fikir sebaliknya.
Minuman malt tanpa alkohol tidak bebas sepenuhnya daripada alkohol memandangkan ia menyatakan pada labelnya dalam cetakan tulisan kecil bahawa ia mengandungi “TIDAK LEBIH DARIPADA ALC. 0.005% VOL.” seperti mana yang kita percaya. Ia dibotolkan dalam botol hijau yang sama seperti mana bir Heineken biasa.
Minuman yang rasa dan kelihatan seperti bir boleh menjadi cara untuk “memujuk” orang ramai untuk bertukar kepada bir dalam beberapa jangka masa. Golongan belia yang pada awalnya meminum minuman tanpa alkohol dan kemudiannya mengambil bir sebenar untuk merasai kandungan alkohol sebenar.
Ini bertentangan dengan kepercayaan bahawa mereka yang bertukar kepada 0.0 untuk tetap sedar apabila memandu pulang ke rumah atau untuk mengelakkan daripada alkohol dalam kalangan peminum. Ini kerana mereka yang berkunjung ke pub untuk minum alkohol. Harga minuman malt itu ialah RM9 bagi setiap 250 ml dan ini lebih mahal berbanding bir biasa 325 ml. Dengan harga ini, bagaimana pengeluar meyakinkan semua orang bahawa minuman malt ini akan mengubah peminum?
Kami menggesa kerajaan untuk tidak membenarkan penjualan “minuman malt tanpa alkohol” kerana ia menjadi laluan kepada pengambilan alkohol oleh golongan belia.
Kenyataan Akhbar, 15 Julai 2019