NYAMANKAN RUMAH TANPA KOS TINGGI

Cuaca panas memang mencabar, tapi tak semestinya perlu pasang aircond 24 jam.

1. Gantung tuala basah di tingkap. Apabila melalui tuala basah, wap penyejatan membantu menyejukkan udara sekitar, seolah-olah ‘air cooler’ semula jadi.

2. Lap lantai jubin dengan air sejuk waktu petang. Lantai jubin menyimpan haba. Bila dilap dengan air sejuk, ia bantu turunkan suhu ruang dan buat rumah rasa lebih nyaman.

3. Langsir tebal berfungsi menahan haba dari cahaya matahari terus masuk ke dalam rumah, terutama untuk rumah yang menghadap matahari petang.

4. Letak kipas dekat tingkap dan halakan ke luar. Cara ini bantu keluarkan udara panas dari dalam rumah. Ia lebih berkesan daripada hanya halakan kipas ke badan.

5. Tukar lampu biasa kepada lampu LED. Lampu LED bukan saja jimat tenaga, tapi juga kurang menghasilkan haba berbanding lampu pijar biasa.

6. Kurangkan guna alatan yang keluarkan haba. Elakkan guna microwave, seterika, atau dapur serentak atau pada waktu malam. Semua ini menambah suhu dalam rumah tanpa disedari.

Cuba dan rasai perbezaannya!

Sumber: Public Health Malaysia