PASTIKAN TANAH HIDUP, LINDUNGI BIODIVERSITI TANAH

5 Disember 5 Disember ialah Hari Tanah Sedunia (WSD). Tema kempen tahun ini oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian Dunia (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ialah “Pastikan Tanah Hidup, lindungi biodiversiti tanah”.

Kebun sayuran bandar mampan alam sekitar CAP sendiri mengamalkannya untuk menggalakkan kesuburan dan biodiversiti tanah. Kebun kami juga menggunakan proses semula jadi untuk mengawal serangga perosak yang menghapuskan penggunaan bahan toksik. Semua amalan ini selaras dengan falsafah Hari Tanah Sedunia semasa.

Kami bersama-sama dengan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, saintis dan kumpulan/orang yang mempunyai pandangan yang sama di mana sahaja dalam menyambut Hari Tanah Sedunia pada hari ini, dan dalam membantu komuniti tempatan untuk memahami penyebab hakisan tanah, pencemaran tanah dan bagaimana kita boleh menggalakkan pemulihan tanah.

Kenapa Tanah Perlu Dijaga? Tumbuhan memelihara seluruh makhluk dunia dalam tanah yang kemudiannya memberi makan dan melindungi tumbuhan. Kepelbagaian komuniti organisma kehidupan mengekalkan tanah yang sihat dan subur. Dunia yang luas ini membentuk biodiversiti tanah dan menentukan proses biogeokimia utama yang membolehkan kehidupan di bumi ini. Organisma tanah sentiasa bekerja untuk mengekalkan kehidupan di bumi. Tanah juga membantu memerangi perubahan iklim dan pemanasan global.

TAHUKAH ANDA

  • Tanah adalah sumber kehidupan, rumah kepada lebih daripada 25% biodiversiti planet kita.
  • Adalah dianggarkan bahawa hanya 1% daripada spesies mikroorganisma tanah pada masa ini diketahui berbanding 80% spesies tumbuhan.
  • Sehingga 90% organisma hidup atau menghabiskan sebahagian daripada kitaran hidup mereka dalam tanah.
  • Organisma tanah boleh memecahkan bahan cemar tertentu.

Jaminan keselamatan makanan kita bergantung kepada tanah yang sihat. 95% daripada makanan kita datangnya daripada tanah. Kualiti dan kuantiti buahan, sayuran dan bijirin makanan yang kita makan setiap hari bergantung kepada kesihatan tanah.

“Kempen FAO ‘Pastikan Tanah Hidup, lindungi biodiversiti tanah’ bertujuan untuk meningkatkan kesedaran akan pentingnya mengekalkan ekosistem yang sihat dan kesejahteraan manusia. Dengan menggalakkan orang ramai di seluruh dunia untuk terlibat secara proaktif dalam menambah baik kesihatan tanah, kempen ini juga bertujuan untuk memerangi kehilangan biodiversiti tanah. Jika kita tidak bertindak segera, kesuburan tanah akan terus terjejas pada kadar yang membimbangkan, mengancam bekalan makanan dunia dan keselamatan makanan.” — Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.