Pengajaran dari Katil Pesakit

Konsep kesihatan fizikal dan psikologi kita telah menjadi sepihak yang dikenal pasti dengan sifat kepahlawanan paling bernilai dalam budaya kita: belia, aktiviti, produktiviti, kebebasan, kekuatan, keyakinan dan optimisme.

Iklan memberikan gambaran kesihatan sebagai muda, putih, langsing, rajin berolahraga dan memancarkan “semangat ceria Bernie Siegel atau Louise Hay,” sepertimana pengamatan penulis Daniel Harris dengan merujuk kepada dua pengarah penyembuhan diri sendiri yang terkemuka.

Malah orang sakit juga digalakkan untuk gembira dan berani, dan mereka yang masih mampu berjenaka walaupun ketika sedang sakit akan dihormati oleh semua orang. Apabila kita mahu menjelaskan sejauhmana sihatnya orang tua kita akan mengatakan beliau “masih kuat” atau “sentiasa sibuk.”

Kita mungkin akan berkata dia berada dalam “kesihatan yang sempurna”. Dua perkataan ini mengkhianati idealisme dan usaha mencapai kesempurnaan kesihatan dalam budaya kita. Hidung sedikit berhingus atau seminggu dalam kemurungan, apalagi diserang kanser, boleh merosakkan kesempurnaan itu. Kesihatan telah menjadi kesempurnaan yang mustahil dapat dicapai.

Meskipun kita telah menyamakan kesempurnaan dengan kebiasaan. Ketidaksempurnaan sering menjadi peraturannya. Tiada seorang pun daripada kita tanpa beberapa kelainan – tapak kaki rata, rabun jauh, disleksia, deruan jantung, hati membesar kerana serangan hepatitis, sedikit kerosakan otak akibat jatuh. Mitos, cerita dongeng dan karya satira yang hebat, dipenuhi dengan orang lumpuh dan bongkok, raksasa bermata satu, dan kekasih berhidung besar, menyarankan bahawa kelainan ini bukan sekadar satu kebiasaan malah satu keperluan dalam plot kehidupan; ia membentuk sifat dan nasib kita, membentuk kehebatan dan kekecilan kita, sementara menghiburkan dan mengajar orang lain pada masa yang sama.

Daya kepekaan itu telah hilang dalam beberapa tahun yang lepas, memandangkan “kelainan” semakin meningkat, daripada payudara kecil kepada keinginan untuk membantu orang lain, dilabelkan sebagai cacat atau penyakit yang mesti dirawat, diperbetulkan, atau diatasi. Dalam keghairahan kita mengenai kesihatan dan kesempurnaan, penyakit dikenal pasti sepihak dengan kualiti budaya merosot daripada senyap, kaji diri, kelemahan, penarikan, rentan, pergantungan, keraguan diri dan kemurungan. Jika seseorang memaparkan sebarang kualiti ini dengan hebat, mereka dianggap sakit dan digalakkan untuk berjumpa doktor atau ahli terapi. Ramai orang sakit dimalukan oleh rakan, keluarga, atau penyembuh mereka dengan memikirkan mereka sakit disebabkan kekurangan sikap yang “menyihatkan”, walau pun kesakitan sering diikuti dengan titik perubahan kritikal dalam kehidupan apabila adalah perlu untuk menarik diri, merenung, berdukacita dan menyerah diri dalam usaha untuk membuat perubahan yang diperlukan.

Perjalanan biasa kehidupan seperti kelahiran, putus haid, dan usia tua kini dirawat sebagai penyakit yang memerlukan campurtangan perubatan, kerana ia sering dicirikan oleh kesakitan, kaji diri, dan menyendiri. Virginia Woolf menulis “dalam kesihatan”,, “kepura-puraan pada umumnya mestilah dikekalkan dan usaha diperbaharui untuk berkomunikasi, bertamadun, berkongsi, berladang di padang pasir, mendidik orang asli, untuk bersama bekerja 13 hari dan bersukan pada malam hari. Dalam kesakitan, hal-hal yang sukar dipercayai ini lenyap… Kita tidak lagi menjadi askar dalam tentera yang tegas pendirian; kita menjadi terasing. Mereka berbaris untuk berjuang. Kita terapung dengan kayu di sungai; lintang-pukang dengan daun mati di halaman berumput, tidak bertanggungjawab dan tidak tertarik, dan mampu, mungkin untuk beberapa waktu dalam bertahun, untuk melihat sekeliling, memandang ke atas – untuk benar-benar melihat. Seperti yang dikatakan oleh Woolf, menarik diri, tidak aktif dan mengasingkan diri kesakitan mengancam susunan sosial, menjejaskan kepercayaan, keterikatan optimisme, dan kewajipan yang mengekalkan sistem berkuasa – dalam keluarga, tempat kerja, dan masyarakat amnya. Dalam ketenangan yang sunyi di katil pesakit, di mana kita melihat ke atas dan sekeliling, daripada terus memandang ke depan, satu lagi – revolusi sebenar –perspektif muncul.

Ketika saya merasa paling sakit akibat sindrom keletihan kronik, ketika saya menahan kesakitan sebahagian besar pada siang hari di katil, saya tahu kesakitan saya menunjukkan aspek kebenaran yang saya terlepas – yang kita kelihatan terlepas, dan sangat diperlukan. Saya tidak mahu penyembuhan cepat yang menjauhkan saya daripada wawasan tersebut, walaupun saya tidak dapat mengakui kepada rakan-rakan yang mahukan saya segera sembuh. Saya mahu mencari cara untuk membawa pendedahan ketika pesakit kembali bersama saya kepada kesihatan yang baik, untuk mengimbangi optimisme sepihak, keyakinan, dan aktiviti kehidupan awal saya.

Teknologi luar biasa dan kuasa untuk campur tangan yang menjadi ciri perubatan moden boleh menghapuskan banyak simptom yang merosakkan dalam sekelip mata. Tetapi ia juga boleh menjadi litar pintas sistem penderitaan dan pengertian yang merumitkan, faktor penyebab kepada kehidupan dan kesedaran. Apabila masalah diselesaikan dengan segera, dan kita kembali kepada tempat lama kita, persoalan yang ditimbulkan oleh penyakit – dan wawasan dan peluang yang ditawarkan, akan terpadam dan dimansuhkan. Kita telah memajukan banyak peralatan, daripada gambaran kepada ubat penahan sakit, untuk menekan simptom dan tanda tanya yang mengiringinya sehingga kehilangan kemampuan untuk berdepan dengan kesakitan dan penderitaan, untuk berubah, dimaklumkan malah diterangi oleh kehadirannya dalam kehidupan kita. – Kat Duff, Natural Health