Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat terkejut dengan cara prosedur untuk memindahkan sepasang ungka yang membawa kepada mengelakkan diri selama tiga hari.
Sementara terdapat undang-undang tempatan, wilayah dan persekutuan yang melarang orang awam daripada memiliki haiwan liar, malah menjaganya sementara untuk melepaskannya, pemulih hidupan liar atau pusat jagaan dibenarkan untuk memelihara hidupan liar bagi pemulihan.
Perhilitan perlu memahami bahawa pemulih mempunyai peralatan, kurungan dan persekitaran yang diperlukan oleh spesies yang berbeza. Mereka dilatih untuk mengenal pasti dan menangani dengan kecederaan, penyakit, parasit dan keadaan lain. Mereka boleh memberikan ubatan yang sesuai, menguruskan luka, dan menstabilkan haiwan yang berada dalam keadaan terkejut. Tidak semua doktor haiwan mempunyai pengalaman dengan haiwan liar. Pemulih akan mengetahui doktor haiwan yang sesuai bagi perundingan.
Pada masa yang sama pemulih boleh menjaga haiwan sementara menjaga keliarannya. Haiwan yang kehilangan pembawaan biasa atau semula jadi takutkan manusia tidak akan dapat meneruskan kelangsungan hidup di dalam hutan. Melepaskan haiwan liar jinak seperti menandatangani hukuman mati. Sebab itulah pusat pemulihan amat berguna.
Dalam kes ini, pusat pemulihan dijalankan oleh mereka yang profesional dan merupakan ahli IUCN Spesies Survival Commission (SSC) Primate Specialist on Small Apes (SSA) dan ahli Captive Working Party. Di samping beliau sudah pun menyelamatkan ungka sebelum ini dan kini mempunyai 6 ekor di bawah jagaannya yang pertama kali ketika diambil dalam keadaan yang teruk. Dengan kepakarannya dan penjagaan profesional yang memberikan maklum balas yang baik dan apabila bersedia sepenuhnya, ia akan dilepaskan ke dalam hutan pada masa depan.
Persoalan yang kami ingin kemukakan kepada Perhilitan ialah adakah pusat hidupan liar mereka adalah lebih baik daripada kemudahan pemulihan persendirian? Adakah kemudahan mereka di Sungkai lebih baik berbanding pusat pemulihan persendirian ini? Gambar yang dihantar kepada SAM daripada pencinta hidupan liar menggambarkan tapak penyelamatan mereka yang berada dalam keadaan yang amat menyedihkan. Ungka di sini tidak bebas bergerak dalam tapak penyelamatan ini tetapi dikurung dalam sangkar.
Tidak usah dikatakan lagi bahawa pemeliharaan dan pengurusan yang baik adalah kunci kepada kejayaan rawatan. Untuk menyediakan rawatan dan penjagaan yang baik bagi kecederaan hidupan liar, terdapat keperluan untuk lebih maju dalam teknik, amalan dan kemudahan. Ini memerlukan kemudahan beroperasi dalam berhubungan dengan sistem pengurusan haiwan bermutu tinggi berdasarkan pemahaman yang baik terhadap keperluan spesies haiwan liar. Ini amat penting khususnya selaras dengan perubahan dalam perundangan dengan pelaksanaan Akta Kebajikan Haiwan 2015.
Memandangkan kemudahan hidupan liar Perhilitan dalam keadaan yang amat menyedihkan, kini tiba masanya untuk dilakukan audit terhadap kemudahan penyelamatan yang dikendalikan oleh Perhilitan. Penyelesaian yang baik bagi Perhilitan ialah bekerjasama dengan kemudahan hidupan liar terkemuka yang dijalankan oleh mereka yang profesional sebagai ganti menentang mereka.
Bidang pemulihan hidupan liar sebagai disiplin dengan kepustakaan, latihan dan pensijilannya yang tersendiri. Dalam menjaga kepentingan hidupan liar, SAM menggesa Perhilitan agar menjaga kesejahteraan ungka sebagai keutamaan mereka dengan memberikan kepercayaan kepada mereka yang berkelayakan, terlatih, berpengalaman serta pemulih yang dibenarkan.
Surat Kepada Pengarang, 29 November 2018