PERCEPATKAN PENARIKAN BALIK MINUMAN KORDIAL RIBENA®

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat prihatin mengenai penarikan balik beberapa produk RIBENA® oleh pengeluarnya baru-baru ini.

Menurut pihak pengeluar, penarikan balik melibatkan produk dan tempoh tamat seperti berikut:

RIBENA® perisa (semua saiz) Tarikh luput
RIBENA® Blackcurrant Cordial Mei hingga Ogos 2018
RIBENA® Blackcurrant & Glucose Mei hingga Ogos 2018
RIBENA® Blackcurrant & Strawberry Februari hingga Ogos 2018
RIBENA® Blackcurrant & Blueberry Februari hingga Ogos 2018
RIBENA® Blackcurrant & Apple April hingga Mei 2018

Kami ingin mengetahui jika penarikan balik telah bermula kerana sesetengah peruncit memberikan diskaun untuk produk itu dalam minggu pertama Ogos.

Kami menggesa pihak berkuasa supaya mengeluarkan semua produk yang terjejas itu daripada rak dan mengumumkannya kepada orang ramai dengan seberapa yang segera.

Pengguna yang telah pun membeli produk ini perlu mengembalikannya semula dan mendapatkan bayaran balik daripada kedai di mana mereka telah membelinya.

Sebaliknya, kami menggesa supaya pengguna meminum jus buahan segar bukannya kordial yang dipenuhi dengan gula dan ‘jus buahan’ dalam kotak atau botol.

 

Kenyataan Akhbar, 14 Ogos 2017