Pergerakan Kereta “Ke Tepi Kamu”

“Penggunaan kereta mengganggu urusan orang lain (pejalan kaki, kanak-kanak ke sekolah, posman, pemungut sampah, petani, haiwan dan sebagainya), di mana rutin harian mereka dianggap menghalang kenderaan yang bergerak laju tanpa rasa belas kasihan, merentasi laluan untuk bergerak perlahan dan kediaman penduduk.

Persimpangan jalan, bulatan dan tanjakan (ram) memerlukan pemandu memperlahankan kenderaan di mana pengguna jalan bukan kenderaan menjadi penghalang kepada pemandu kereta hibrid yang berhasrat untuk kembali kepada kelajuan tinggi sebelumnya yang normal, dianggap perlu dalam usaha menyelesaikan tugas harian yang rumit mengikut masa…

Pada umumnya, lanskap bandar yang moden dibina bagi memudahkan pergerakan kenderaan dan tidak menggalakkan lain-lain bentuk pergerakan manusia … sejumlah besar bumi terdiri daripada persekitaran untuk kemudahan kenderaan semata-mata … Kira-kira seperempat tanah di London dan hampir separuh tanah di LA diperuntukkan kepada persekitaran kenderaan sahaja.” John Urry dalam ‘The System of Automobility’.