PILIHAN HARI INI Hadiah Untuk Diri 20 Tahun Lagi

Kita semua akan menua. Itu pasti. Soalannya, bila sampai usia tua nanti, kita nak jadi macam mana?

Kita nak usia tua yang sihat, masih boleh berfungsi, masih boleh berjalan sendiri, masih ada tenaga, dan masih sempat nikmati kegembiraan bersama keluarga.

Tapi realitinya, apa yang berlaku 20 tahun lagi banyak bergantung pada apa yang kita amalkan hari ini.

Kalau hari ini kita “hidup” dengan gula tanpa sedar, kopi manis satu, matcha manis satu, dessert viral silih berganti, minuman manis jadi penenang bila stres, itu bukan sekadar reward kecil.

Itu latihan harian yang perlahan-lahan menolak badan ke arah penyakit metabolik.

Bila ia jadi rutin, risikonya bukan setakat naik berat. Ia boleh berakhir dengan obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, lemak hati, dan akhirnya komplikasi yang mengubah hidup.

Bukan nak takutkan. Cuma nak ajak kita fikir.

Kita nak tua nanti masih boleh peluk anak cucu dengan senang, bukan terlantar lama di katil atau pusat dialisis.

Jadi hari ini, pilihan kecil apa yang anda nak mula ubah untuk badan anda 20 tahun akan datang?

Sumber: Public Health Malaysia