
Kanak-kanak terdedah kepada plumbum apabila bahagian permukaan yang bercat mengelupas selepas beberapa lama dan memecah kepada debu cat lalu menjejaskan alam sekitar. Kanak-kanak dalam lingkungan usia 0-6 tahun yang sering memasukkan tangan ke dalam mulut paling berisiko mengalami masalah kecerdasan dan perkembangan mental akibat terdedah kepada debu plumbum dan plumbum di dalam tanah.
Kesan pendedahan kepada kesihatan ke atas otak kanak-kanak adalah berpanjangan, sukar dipulihkan dan sukar dirawat. Plumbum juga memasuki saluran gastrousus apabila kanak-kanak mengunyah objek seperti alat mainan, perabot dalam rumah atau benda lain yang dicat dengan cat berplumbum.
Sistem saraf kanak-kanak menjalani perubahan yang pantas dan mudah terjejas hingga membawa kepada kecacatan kekal. Seorang kanak-kanak menghidu dan memakan lebih banyak makanan dan udara berkaitan dengan saiz tubuh mereka apabila dibandingkan dengan orang dewasa. Oleh itu, jumlah plumbum yang dihidu atau ditelan oleh kanak-kanak lebih besar berbanding orang dewasa.
Tambahan pula, sehingga 60% plumbum yang ditelan oleh kanak-kanak bergerak terus ke aliran darah dan dari organ ke organ. Sebaliknya orang dewasa hanya membendung 10%. Plumbum juga kekal berada lebih lama dalam sel darah kanak-kanak berbanding orang dewasa.
Penggunaan plumbum yang berterusan dalam cat merupakan sumber utama pendedahan kanak-kanak kepada logam toksik ini. Langkah segera perlu diambil untuk mengurangkan sumber pendedahannya kepada kanak-kanak kecil.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggelar cat plumbum “a major flashpoint” bagi potensi keracunan plumbum dalam kanak-kanak dan berkata “sejak penghapusan berperingkat petrol berplumbum, cat plumbum menjadi sumber terbesar pendedahan kanak-kanak kepada plumbum.”
World Health Organization (WHO)
IPEN: for a toxics-free future
Untuk maklumat lanjut mengenai“Plumbum dan Kesakitan”, dapatkan panduannya di sini

