Pendedahan kepada plumbum boleh memudaratkan bayi dalam kandungan kerana plumbum dalam darah ibu melepasi uri lalu masuk ke dalam tubuh bayi. Komplikasi akibat pendedahan plumbum pada paras tinggi termasuklah kelahiran pramatang, berat badan yang rendah ketika lahir, keguguran ataupun bayi meninggal selepas lahir.
Ibu-ibu yang menyusukan anak juga melepaskan plumbum kepada bayi melalui air susu mereka.
Kesan pendedahan kepada plumbum berterusan selepas bayi lahir dan boleh menjejaskan pembelajaran dan keupayaan mental mereka.
UN Environment Programme
World Health Organization (WHO)
IPEN: for a toxics-free future
Untuk maklumat lanjut mengenai “Plumbum dan Kesakitan”, dapatkan panduannya di sini