Description
ISBN: 978-967-5447-75-4
Saiz Buku: 145 mm x 210 mm
Halaman: 12
Tanah adalah sumber utama daratan dan komponen penting ekosistem daratan. Sifat dinamik tanah adalah bergantung kepada aktiviti organisma mikro dan makro yang disokong oleh adanya bahan organik. Struktur keporosan dan tanah banyak dipengaruhi oleh aktiviti organisma dalam tanah.
Dalam risalah Panduan CAP untuk Kesuburan Tanah ini diterangkan istilah “Kesuburan Tanah” yang merujuk kepada kemampuan tanah untuk membekalkan nutrien kepada tumbuhan dalam jumlah yang mencukupi dan dalam kadar yang sesuai.
Tanah pada umumnya diklasifikasikan sebagai bahan mineral, tetapi tanah yang subur terdiri daripada udara, air, nutrien, humus dan organisma hidup.
Dalam risalah ini juga diterangkan mengenai kepentingan mikrob, cacing tanah, cara membuat kompos, baja hijau dan sungkupan. Tanaman selingan dan giliran serta kaedah mengawal nematod dan penyakit akar juga turut diterangkan.
Turut dimuatkan di dalam risalah ini ialah temubual Dr. Sultan Ahmed Ismail, Pakar Ekologi dan Biologi Tanah bagi menjawab persoalan mengenai tanah.
Hanya RM8.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM 14.00 (Malaysia Timur) setiap pesanan (tidak mengira bilangan buku yang dibeli) untuk bayaran pengiriman dan penghantaran.
Untuk pesanan yang besar sila hantar e-mel kepada: marketing@consumer.org.my
Klik di sini untuk muat turun Borang Pesanan Buku