Kuali Tidak Melekat Boleh Bawa Mudarat

RM4.00

Lebih 15 gas bahan kimia toksik keluar daripada kuali tidak melekat apabila ia dipanaskan. Sesetengah daripadanya adalah bahan kimia penyebab kanser.

Add To Cart
Category:

Description

ISBN: 983-3083-34-X
Saiz Buku: 140 mm x 840 mm
Halaman: 84
Harga: RM4.00

Hari ini, selepas 50 tahun digunakan di seluruh dunia, banyak persoalan yang ditimbulkan mengenai kemungkinan Teflon menjejaskan kesihatan jangka panjang seperti kanser, kecacatan sewaktu lahir, meningkatkan kolesterol, penyakit jantung, demam, pernafasan singkat, seram sejuk, sakit belakang, sakit kepala dan sebagainya.

Bahan kimia yang digunakan untuk membuat Teflon kini dianggap oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar AS sebagai berpotensi berisiko kepada kesihatan kerana terdapat bukti bahawa ia karsinogenik, menyebabkan tumor hati dalam ujian binatang makmal.Bahan kimia dalam Teflon tidak terurai; ia boleh berkumpul dalam tubuh manusia, haiwan dan alam sekitar. Bahan kimia yang keluar daripada kuali Teflon sewaktu memasak mungkin lebih berbahaya kepada alam sekitar dan kesihatan manusia berbanding DDT. Gas bahan kimia yang keluar itu termasuklah bahan kimia ejen peperangan, 2 karsinogen, 2 pencemar global dan bahan kimia membunuh kepada manusia dalam dos rendah!

Kandungan buku:

PFC dalam darah kanak-kanak  /  Risiko kesihatan kepada pengguna  /  Risiko terdedah kepada partikel halus  /  Teflon tidak tahan panas

 

Hanya RM8.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM 14.00 (Malaysia Timur) setiap pesanan (tidak mengira bilangan buku yang dibeli) untuk bayaran pengiriman dan penghantaran.
Untuk pesanan yang besar sila hantar e-mel kepadamarketing@consumer.org.my
Klik di sini untuk muat turun Borang Pesanan Buku

Additional information

Weight 0.055 kg