Lemak Trans Beracun Dalam Makanan

RM7.00

Dicipta untuk menggantikan lemak tepu yang tidak sihat, lemak trans kini didapati LEBIH BERBAHAYA berbanding lemak tepu.

Add To Cart
Category:

Description

ISBN: 983-3083-42-0
Saiz Buku: 140 mm x 110 mm
Halaman: 120
Harga: RM7.00

Lemak trans beracun dibuat apabila pengeluar makanan menukarkan minyak sayuran kepada lemak pejal atau separa pejal. Lemak trans membolehkan makanan yang diproses kekal segar untuk tempoh yang lama. Ia dicipta sebagai alternative kepada lemak tepu.

Tetapi ia didapati LEBIH BERBAHAYA berbanding lemak tepu.

• Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB memanggilnya lemak berhidrogen yang perlu dikeluarkan sepenuhnya daripada diet kita.
• Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat berkata tiada paras lemak trans yang boleh diterima.
• 30,000-100,000 kematian kardiak setahun boleh dicegah di Amerika Syarikat jika mereka menggantikan lemak trans dengan minyak mono tidak tepu atau poli tidak tepu bukan berhidrogen yang lebih sihat (Sekolah Kesihatan Awam Universiti Harvard).
• Bagi setiap 2% peningkatan kalori daripada lemak trans, berisiko meningkatkan penyakit jantung kepada 36%. Wanita yang mengambil sejumlah besar lemak trans berisiko mendapat diabetes.
• Wanita yang mempunyai paras lemak trans tinggi dalam tubuh mereka meningkatkan 40% risiko mendapat kanser payudara.

 

Hanya RM8.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM 14.00 (Malaysia Timur) setiap pesanan (tidak mengira bilangan buku yang dibeli) untuk bayaran pengiriman dan penghantaran.
Untuk pesanan yang besar sila hantar e-mel kepadamarketing@consumer.org.my
Klik di sini untuk muat turun Borang Pesanan Buku

Additional information

Weight 0.070 kg