Penemuan Gempar: Halal Haram

RM18.00

Buku ini memberi panduan mengenai produk makanan yang Halal atau Haram, isu yang begitu penting bagi umat Islam

Add To Cart
Category:

Description

ISBN 983-104-202-6
Saiz Buku: 140 x 215 mm
Halaman: 226

“Bagi orang Islam, sebarang isu berkaitan dengan persoalan Halal dan Haram perlu diberi perhatian serius. Justeru, buku hasil penyelidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) ini pada hemat saya, akan dapat mengisi keperluan masyarakat Islam, bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia. Saya menganjurkan supaya buku ini dibaca dan dikaji oleh setiap lapisan masyarakat. Buku ini akan menghilangkan sebarang keraguan yang timbul dalam minda masyarakat Islam kerana ia dijelaskan secara saintifik.” — Dato’ Seri Dr Haji Harussani Haji Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan

Kandungan buku ini

• Kolagen daripada banduan yang ditembak mati dan uri serta janin yang digugurkan digunakan dalam kosmetik
• Hampir 3,000 bahan penambah digunakan dalam makanan dan kebanyakannya diambil daripada binatang atau sumber yang meragukan. Di antaranya, derivatif rambut manusia yang ditambah ke dalam roti atau piza, dan pewarna daripada serangga yang dihancurkan dalam makanan kegemaran anda.
• Serbuk plasma darah menggunakan darah dari rumah sembelihan untuk membuat bebola ikan, burger  dan daging yang diproses.
• Gelatin (protein babi) dalam pelbagai jenis makanan dan produk bukan makanan.
• DNA babi daripada gelatin ditemui dalam filet dada ayam dan gelatin dalam lain-lain makanan berdaging.
• Status makanan di hotel dan restoran.
• Logo Halal palsu pada bermacam jenis makanan
• Pelbagai logo halal di pasaran. Yang mana boleh dipercayai?
• Simulasi pati najis dalam rokok
• Ekstrak dari kelenjar anal civet dalam pewangi
• Pinggan mangkuk daripada abu tulang

Additional information

Weight 0.280 kg