Plumbum dan Kesakitan

RM5.00

Plumbum berbahaya kepada lelaki, wanita dan kanak-kanak – terutama kanak-kanak dan wanita hamil atau yang sedang menyusukan bayi. Ia menyebabkan kecacatan intelektual pada kanak-kanak, meningkatkan penyakit jantung dan risiko strok dalam kalangan lelaki dan menjejaskan perkembangan janin dalam wanita hamil, di samping kesan kesihatan lain.

Add To Cart
Category:

Description

ISBN: 978-967-5447-91-4
Saiz Buku: 140 mm x 110 mm
Halaman: 64

Plumbum berbahaya kepada lelaki, wanita dan kanak-kanak – terutama kanak-kanak dan wanita hamil atau yang sedang menyusukan bayi. Ia menyebabkan kecacatan intelektual pada kanak-kanak, meningkatkan penyakit jantung dan risiko strok dalam kalangan lelaki dan menjejaskan perkembangan janin dalam wanita hamil, di samping kesan kesihatan lain.

Bagi lelaki, plumbum boleh mengurangkan bilangan sperma dan menghasilkan sperma cacat. Remaja lelaki yang terdedah kepada plumbum

ketika kanak-kanak akan mengalami kecacatan pengeluaran sperma apabila mereka baligh.

Pendedahan plumbum datang daripada:

Cat: Plumbum daripada cat, termasuk debu dicemari plumbum, merupakan salah satu penyebab biasa keracunan plumbum.

Air: Plumbum boleh memasuki sistem pembahagian air dan paip air di rumah disebabkan oleh kakisan. Ini khususnya pematerian berasaskan plumbum yang digunakan untuk menyambung paip ke paip air utama.

Makanan: Sama ada ditanam di rumah atau dihasilkan secara besar-besaran, makanan juga mungkin dicemari plumbum. Sayuran yang ditanam di tanah yang tercemar dengan plumbum daripada debu cat atau ekzos minyak akan turut tercemar.

Produk isirumah: Barangan seperti perabot antik dan barangan kraftangan dan seramik dengan hiasan yang diimport mempunyai plumbum tersembunyi yang digunakan untuk membuatnya.

Alat mainan: Ia kadangkala mengandungi plumbum dan mungkin warna dengan cat berasaskan plumbum.

 

Hanya RM8.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM 14.00 (Malaysia Timur) setiap pesanan (tidak mengira bilangan buku yang dibeli) untuk bayaran pengiriman dan penghantaran.
Untuk pesanan yang besar sila hantar e-mel kepadamarketing@consumer.org.my
Klik di sini untuk muat turun Borang Pesanan Buku

Additional information

Weight 0.05 kg