Description
ISBN 983-3083-62-5
Saiz Buku:140 x110 mm
Halaman: 158
Pembedahan secara cesarean merupakan pembedahan besar yang melibatkan abdomen yang berpotensi memudaratkan ibu dan bayi. Apa yang membimbangkan, jumlah pembedahan sebegini semakin meningkat di seluruh dunia; banyak yang dijalankan dalam keadaan tidak perlu. Ia juga dilakukan bukan atas alasan perubatan malah lebih menggalakkan pendapatan doktor dan kesenangan mereka.
Mengikut anggaran, lebih separuh pembedahan caesarean dilakukan dalam keadaan tidak perlu. Wanita yang menjalaninya menanggung risiko pembekuan darah, jangkitan dan komplikasi anestesia yang boleh membawa maut – 3 komplikasi yang sering dikaitkan dengan pembedahan utama.
Pembedahan caesarean mendedahkan bahaya kepada:
IBU:
• 10-20 kali lebih cenderung mendapat jangkitan selepas pembedahan.
• 5-7 kali lebih cenderung mati selepas bersalin
• 6.28 kali lebih cenderung dilanda kemurungan
BAYI:
• 1-2 bayi per 100 akan tercedera ketika pembedahan.
• 5 kali lebih cenderung dimasukkan ke wad unit rawatan rapi atau ‘intermediate’.
• 4 kali lebih cenderung mengembangkan hipertensi pulmonari yang berterusan.
Hanya RM8.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM 14.00 (Malaysia Timur) setiap pesanan (tidak mengira bilangan buku yang dibeli) untuk bayaran pengiriman dan penghantaran.
Untuk pesanan yang besar sila hantar e-mel kepada: marketing@consumer.org.my
Klik di sini untuk muat turun Borang Pesanan Buku