Reklamasi Pulau Pinang Selatan : Pembangunan Pemusnah Alam Dan Biodiversiti (e-Buku)
PROMOSI BUKU CAP DI SELURUH KEDAI 20 Apr-20 Mei
Sempena Hari Buku Sedunia CAP memberikan diskaun 30% untuk buku-buku kami dalam bahasa yang berbeza.
Di bawah tekanan urbanisasi yang semakin meningkat di Pulau Pinang, perkampungan nelayan di persisiran pantai selatan telah menjadi antara yang terakhir seumpamanya di Pulau Pinang. Terselit di sepanjang teluk yang kaya dengan pelbagai jenis ikan, udang, kupang, kepang dan ketam, Tuan Haji Zakaria memanggil tempat ini sebagai ‘kawasan emas’.
Tuan Haji Zakaria adalah seorang nelayan yang berusia 63 tahun dan berasal dari Sungai Batu. Ayahnya juga adalah seorang nelayan dan komuniti di perkampungan nelayan tersebut telah mendapat rezeki dari laut ini sejak beberapa generasi yang lalu. Sungai Batu merupakan salah satu daripada 8 perkampungan nelayan yang terletak di sepanjang persisiran pantai selatan Pulau Pinang, iaitu sepanjang 17km bermula dari Batu Maung di timur sehingga ke Gertak Sanggul di sebelah barat.
Walaubagaimanapun ‘kawasan emas’ ini adalah antara kawasan yang akan terjejas dengan kesan yang teruk kerana kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengumumkan cadangan untuk tambakan laut untuk tiga buah pulau buatan pada tahun 2015. Kawasan tambakan laut seluas 4,500 ekar akan berada di kawasan pencarian nafkah Tuan Haji Zakaria dan banyak lagi para nelayan pantai lain di Pulau Pinang.
Buku ini menggambarkan serba sedikit sejarah perkampungan nelayan di persisiran pantai selatan Pulau Pinang, kepelbagaian biodiversiti yang sedia ada, latar belakang projek Tambakan Laut Pulau Pinang Selatan (Penang South Reclamation) [Projek PSR] dan impak-impak projek ini kepada para nelayan, alam sekitar serta hidupan marin.
Salinan buku ini sama ada dalam bentuk PDF ataupun hardcopy boleh diperolehi dari laman web Persatuan Pengguna Pulau Pinang dengan sumbangan minima sebanyak RM5.00. Sumbangan anda akan masuk ke sebuah dana untuk membantu para nelayan persisiran pantai meneruskan perjuangan mereka dalam mencabar dan menolak Projek PSR tersebut.