Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati amat mengejutkan bahawa Pertubuhan Keselamat Sosial (PERKESO) bersetuju untuk menanggung bayaran bagi pemeriksaan Covid-19 bagi semua pekerja yang berkerja ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Azmin Ali baru-baru ini mengumumkan bahawa pekerja dari syarikat yang dibenarkan untuk beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu menjalani pemeriksaan Covid-19 mandatori.
Sementara kami mengalu-alukan pemeriksaan Covid-19, kosnya mestilah ditanggung oleh majikan mereka kerana pekerja mengambil risiko untuk ke tempat kerja ketika PKP untuk manfaat majikan. Lebih-lebih lagi, pekerja seharusnya dibayar elaun risiko. Sistem pemantauan yang rapi perlu dilaksanakan bagi memastikan bahawa langkah pencegahan terhadap jangkitan Covid-19 di tempat kerja pekerja dipatuhi dengan ketat.
Ia satu idea yang tidak wajar untuk menggunakan PERKESO bagi membiayai bayaran pemeriksaan Covid-19 kerana PERKESO sepatutnya menyediakan ‘jaring keselamatan’ ketika kecederaan di tempat kerja, kecemasan, penyakit pekerjaan dan kematian pencarum. Tiada siapa yang tahu apakah yang melangkaui horizon Covid-19 ini dan bagi PERKESO untuk membelanjakan dana pekerja untuk pemeriksaan itu tanpa persetujuan mereka adalah sesuatu yang tidak beretika dan tidak bijak.
Perlu diingatkan kepada kerajaan bahawa PERKESO adalah milik dan bertanggungjawab kepada 7 juta pekerja yang aktif (sehingga 2017). Dengan menggunakan dana kepada kira-kira 7 juta pencarum aktif di seluruh negara ini amat mengejutkan kerana keputusan itu tidak dapat dibenarkan. Adalah tidak masuk akal bagi pekerja dipaksa untum membayar pemeriksaan Covid-19 mereka sendiri dan pergi kerja ketika PKP, dengan demikian meningkatkan lagi risiko mereka terdedah kepada virus.
Pekerja perlu diberikan elaun risiko jika mereka diperlukan untuk bekerja ketika PKP kerana mereka dedahkan diri mereka sendiri kepada elemen risiko kesihatan dengan berbuat demikian. Elaun risiko merupakan ciri dalam faedah kerja di banyak negara dan dicadangkan di Malaysia pada 2013. Bagaimanapun, ia gagal dari mula, memandangkan kepada situasi semasa, penting bagi kerajaan untuk memperkenalkan elaun ini kerana pekerja terpaksa bekerja di dalam keadaan yang berisiko.
Kerajaan juga perlu menyediakan talian bebas tol bagi pelapor yang mahu membuat laporan mengenai kegagalan pematuhan di tempat kerja kepada Protokol Keselamatan dan Kesihatan (HSP) MITI. Terdapat 2,732 syarikat yang diluluskan untuk beroperasi lewat Mac dan bilangannya akan terus meningkat sehingga kini dan amat sukar bagi MITI untuk memantau pelaksanaan HSP di seluruh negara.
Kami sekali lagi ingin mengulangi bahawa PERKESO tidak seharusnya menanggung kos pemeriksaan Covid-19, pekerja yang perlu bekerja ketika PKP berhak untuk mendapat elaun risiko, dan mestilah juga terdapat saluran bagi pelapor berhubung kegagalan syarikat untuk melaksanakan HSP MITI.
Kenyataan Akhbar, 20 April 2020