Tiada Saat Yang Menjemukan Atau Membosankan

Seperti keluhan seorang penderita: “Bagaimanakah seseorang itu dapat menjalani kehidupan yang sama setiap hari sepanjang hayat mereka? Berulang-ulang melakukan perkara yang sama. Melihat benda yang sama setiap hari. Tidak ada sesuatu yang baharu. Tidak ada perkara yang mengujakan atau menggembirakan. Saya berasa begitu bosan hingga menjadi tidak keruan. Saya bekerja. Tetapi saya cuma keluar bekerja hari demi hari. Terdapat banyak perkara lain yang saya  boleh lakukan, tetapi saya sudah melakukan segalanya. Saya berasa amat lemah seperti akan mati!”

Kebosanan dalam kalangan dewasa sering merupakan petanda kurangnya rangsangan intelektual.

Kebosanan pada dasarnya menutup minda. Ia merupakan tanda awal kemurungan, justeru ia sering menyebabkan mereka yang bosan tidak berupaya mengambil keputusan positif untuk mengatasi dan mengelak kebosanan.

Mereka yang selalu membaca secara harfiah “memberi makan” minda mereka, menjadikan mereka aktif. Mereka yang mempunyai hobi yang disukai membolehkan mereka menikmati kegembiraan dalam kehidupan, manakala mereka yang menyertai kumpulan yang berkongsi minat yang sama adalah yang paling bijak dan bahagia.

Amalkan sifat ingin tahu dan kekalkan rasa ingin tahu semula jadi seperti zaman kanak-kanak yang tidak pernah menjemukan mahupun membosankan.

MAKLUMAT SELANJUTNYA: Kekuatan Emosi