Di antara tanda-tanda amaran kemurungan adalah: berasa sedih, berputus asa atau rasa bersalah sepanjang masa; hilang minat atau keseronokan dalam melakukan kegiatan harian; mengalami masalah tidur (sama ada terlalu banyak atau terlalu kurang); keletihan, kurang bertenaga, atau berasa “semakin perlahan”; susah membuat keputusan atau berfikir dengan jelas; banyak menangis; selera makan dan berat badan berubah (turun naik); dan berfikir untuk membunuh diri atau mati.
Kemurungan boleh menjejaskan prestasi akademi anda, hubungan dengan orang lain dan kegiatan seharian. Mereka yang berterusan berasa murung juga mudah marah, menyendiri, ganas, kurang responsif secara seksual, dan mengalami tekanan dalam hubungan mereka – kesemua faktor yang menambah rasa murung.
Jika anda mempunyai tanda-tanda seperti di atas, DAPATKAN BANTUAN.
Maklumat selanjutnya: Kekuatan Emosi