Tuntutan Terhadap Keselamatan Dan Keutamaan

Jalan raya direka bentuk untuk automobil sahaja. Bukan untuk penunggang basikal, pejalan kaki atau kanak-kanak, golongan tua mahupun yang kurang upaya. Kita, golongan yang sihat, mempunyai kelemahan dalam banyak keadaan – bayangkan anda bersama 4 anak kecil cuba melintas jalan  sambil memegang barangan yang dibeli. Kebajikan pengguna jalan raya  selain kenderaan hanya difikirkan kemudian ketika membina jalan. Tujuan utama pembinaan jalan ialah kelajuan dan tiada halangan.

Kesemua yang lain ini menjadi penghalang dan jika tersilap langkah, anda mati. Kenderaan bermotor adalah mesin pembunuh namun kita menyukainya. Tujuan utama pembinaan jalan ialah akses, bukan kereta. Kita sudah mencampuraduknya dan membunuh manusia tetapi mendakwa ia satu kemalangan. Kita sebenarnya sudah membentuk zon perang yang besar di jalan raya!

Situasi yang sememnangnya tidak dapat diterima, namun kebanyakan kita sekadar menerimanya untuk kepentingan diri iaitu demi keselesaan.

Ada orang berkata cuaca di sini terlalu panas. Sebenarnya ia pilihan peribadi. Namun masih terdapat ramai penunggang basikal dan ia juga semakin meningkat di Malaysia dan banyak negara lain yang panas. Di sini ada yang berbasikal ke tempat kerja, malah sanggup mandi dan menukar pakaian di pejabat.

Namun ia mungkin tidak terlalu panas kerana kita ke tempat kerja pada sebelah pagi iaitu ketika matahari baharu terbit, dan pulang di sebelah petang ketika matahari hampir terbenam. Satu-satunya masalah yang ada ialah kurangnya keselamatan. Tiada laluan yang selamat. Sesetengah orang benar-benar ingin berbasikal tetapi terpaksa membatalkan hasrat itu apabila memikirkan tentang keselamatan mereka. Kami berpendapat jika kerajaan menyediakan jalan yang selamat untuk penunggang basikal, ramai yang akan berbasikal. Ia juga baik sebagai satu bentuk senaman dalam rutin harian kita. Tidak perlu membayar untuk ke gim.

Sama ada anda berhasrat untuk berbasikal dalam jarak yang dekat adalah pilihan peribadi, iaitu berasa senang dan selesa ataupun sekadar bertanggungjawab menjaga kesihatan dan alam sekitar. Berbasikal perlu dijadikan riadah yang selamat!

Panduan CAP: Basikal Bagus Boleh didapati di sini