KITA TIDAK MEMILIKI BUMI INI, KITA HANYA PENJAGANYA

Manusia bukan pemilik bumi ini, kita hanyalah penjaganya. Kita mempunyai kewajipan untuk melindunginya bagi generasi akan datang, jadi kita mestilah meninggalkannya dengan lebih baik daripada yang kita temui.

Apa yang kita lakukan terhadap planet kita ini akan memberi kesan kepada kanak-kanak hari ini, dan kanak-kanak masa depan, jauh lebih banyak daripada diri kita sendiri. Pastikan bumi kita bersih, hijau dan mampan. Dan ajarlah anak-anak kita akan kepentingan untuk berbuat demikian.

Apa yang kita ajarkan kepada golongan muda hari ini akan membentuk norma masyarakat.